Thursday

superman: complete her meiosis cycle. LOL #5


"jadi awak dah lama kenal uncle?"
Lili senyum kucing. sambil sedut air coca cola. itu maksudnya "ya". AhSem tiru gaya Lili sedut air coca cola. berkerut muka dengan kandungan gas yang macam nak bagi kembung perut.
"auntie, isteri uncle tu, kakak saya."
oh. padanlah beria auntie  masa uncle cerita pasal sejarah si Lili ni. adik dia rupanya. adik dia rupanya mangsa kajian senjata ubat pelik pihak musuh. tapi kenapa Lili tak nampak kuat macam AhSem? kenapa Lili tak nampak macam ada super power macam AhSem? AhSem boleh pecahkan helmet peragut guna kepala. Lili boleh buat apa?
"tapi kan, AhSem, awak jangan tunjuk sangat tau kuasa awak kat orang. bahaya."
AhSem angguk-angguk. itu jugalah pesanan yang selalu uncle sampaikan pada dia setiap hari. hampir setiap kali bila uncle buka mulut, itu pesanannya. macam memang penting betul. memang penting, katanya demi nyawa dia. dan nyawa Lili. tapi AhSem nampak biasa saja. masa dia pecahkan helmet peragut guna kepalanya tempoh hari pun tak ada siapa kisah.

dah hampir setahun juga kes pecahkan helmet peragut guna kepala itu berlalu. dan masih macam tak ada pun orang yang nampak mencurigakan nak bunuh AhSem dan Lili. bosan juga kalau ada kuasa tapi tak boleh tunjuk ni. fikir AhSem.

*     *     *

AhSem dan Lili berjalan sama-sama menuju ke kelas. sejak hampir setahun lepas, dengan ihsan uncle dan sedikit duit poket yang Lili dapat dari kerja sambilan, mereka sambung belajar di kolej. biar nampak macam remaja biasa. biar nampak tak ada apa yang pelik pun pada mereka. uncle kata, pihak musuh mungkin ada hantar spy untuk kenal pasti dan musnahkan bahan ujikaji senjata ubat pelik yang mereka guna 50 tahun lalu. AhSem dan Lili harus bijak menyamar. harus bijak guna teknik camouflage dalam masyarakat.
"uncle, kenapa Lili tak kuat?
uncle berdehem. amboi bajet betul ayat dia. dia bajet dia seorang yang kuat? tapi hanya dalam hati uncle berkata begitu. takut juga kalau dihentak kepala nanti. ada yang pecah terburai otak. lalu uncle ceritakan pasal apa yang dia tahu pasal senjata ubat pelik yang disuntik pada dua mangsa ujikaji 50 tahun lalu - AhSem dan Lili. Lili diuji dahulu, dan beberapa penambahbaikan dilakukan pada senjata ubat pelik, baru disuntik pula pada AhSem.

katanya, Lili bukan tak kuat. malah berpuluh ganda lebih kuat dari AhSem. cuma ada sesuatu yang mungkin perlu dilakukan terhadap Lili sebelum kuasanya boleh diaktifkan. cewah. berbunyi saintifik.
"macam mana nak bagi Lili kuat?"
"complete her meiosis cycle. LOL"




anda juga mungkin tercari-cari ini sebab anda tak faham kejadah apa yang dimerepekkan kat atas ni. jadi sila klik tajuk post yang ini.

1 comment:

.::TAIKO ::. said...

meiosis..haha
kang transform jd mcm mutant x..ngeh