|
oktomat (MOMO) , aquapix spongebob (BOBO) , disposable (LOLO) |
cinta analog aku bermula lama dulu. tapi kerana kesempitan ruang dan kewangan yang tak berapa nak sempit, aku cuma boleh mula pada Disember 2010. itu pun dengan menggunakan duit ihsan dari UiTM kerana aku mewakili universiti untuk sukan. dan selebihnya aku tambah dengan duit dari bapa.
kamera pertama aku ialah Oktomat , kamera bermata lapan. aku lebih senang memanggilnya MOMO. namun kini dia sudah mula pandai sakit-sakit.
|
oktomat, momo alien bermata lapan |
|
smiles, lomography color negative iso 800 |
kamera kedua aku ialah aquapix underwater spongebob yang aku panggil BOBO. ini harganya murah saja. dia kamera bawah air boleh atas air boleh. senang cerita dia dua alam.
|
saya punya macam ini lah. tapi ini gambar internet. |
|
sungai taik, kodak elitechrome extracolor iso 100, black & white scan. |
kamera ketiga aku ialah disposable Levi's yang kini dalam fasa pereputan selepas filemnya aku keluarkan selepas badannya aku bedah. namanya LOLO. dia dari keluarga disposable yang berspesies Agfa. ini juga murah.
|
disposable, lolo yang sudah tiada lagi :( |
|
belon kucing, disposable, agfa asa 200. |
kamera keempat aku ialah fisheye no.2. dalam soal menamakannya aku ada sedikit masalah. mulanya nama dia ialah Mr. Abyad tapi lama-kelamaan aku lebih selesa dengan nama FEFE. dan untuk berlaku adil dengan nama pertama, aku panggilnya FEFEABY.
|
fisheye no.2 white edition, fefeaby si mata bulat |
|
khir johari wanita, kodak elitechrome extracolor iso 100 |
kamera kelima aku ialah recesky DIY twin lens reflex. yang ini aku beli dari roflcam buat kali pertama. aku sudah mula dicemuh kerana terlalu ayik dengan analog sehingga menjatuhkan keputusan periksa. jadi kali ini aku minta tokei kedai menghantar recesky kepada rakanku. recesky ini pun takkan lama dengan aku. mungkin bakal berpindah milik.
|
recesky, kiki si mata dua. |
|
melompat riang, kodak 200 |
helo. yang ini nama dia Chichi. sebenarnya aku nak kasi nama dia Ciyo tapi tak jadilah haha. dia smena 8m. aku beli second hand dari Encik HM. tak sabar nak berdating dengan dia! dan yes, dah date. hihi.
|
domo with smena 8m, chichi biru. |
|
bot dan bulat-bulat kecil, lomography redscale xr |
seterusnya, polaroid close up 636. dibeli dari kawan dengan harga murah. ya kameranya murah tapi filem nya amboi mahal benar.
|
Polaroid Close-Up 636, Mr Polarbear. |
|
taken with PX680 film yang mahal nak mampus. |
supersampler, dibeli second hand jugak dari member, Muadz. guna di Malaysia, cuci filem di Ireland. cuci filem, segulung 20 euro bersamaan rm80. macam tahi dia punya mahal. dah lah kena tunggu sebulan. bersyukurlah masih boleh cuci filem dengan murah kat Malaysia. kahkah.
|
supersampler, blue, Soso. |
|
peek-a-boo, Lomography x-pro slide iso 200. |
instax mini. beli second hand juga. dengan harga murah siap dapat free filem. kikiki. siapa nak beli, boleh beli dari Ami Kamerami (promo promo) HAHA. Ami sila bagi imbuhan kepada saya.
|
instax mini 7s, blue, Mini. |
|
rabbit gigi besar, intax mini 7s, ordinary film. |
kodak Retinette. dibeli dari charity shop, Dublin, Ireland. murah weh murah. tapi belum pernah guna. dia punya setting lebih kurang macam smena 8M. (update 2014) haa sekarang saya dah guna. hasilnya memuaskan lah juga. hahah.
|
Kodak Retinette, the simpler version of Kodak Retina. |
|
kodak retinette, diisi filem Ektar 100. aumm tak? saya suka warna dia. |
seterusnya, baru beli minggu lepas. nama dia Olympia. memang murah sebab tak famous. saya beli sebab dia ada flash yang bapak besar. lagipun murah, siap dapat beg. saya beli dari kedai secondhand, dekat Dublin jugak. belum pernah guna.
|
Olympia camera, with flash. and free sling bag. hihiks. |
(1.28p.m., 13 Januari 2013. 11 kamera. yeay.)
(2.58 p.m., 5 Mei 2014. 11 kamera + 1 instamatic camera yang dah takde keluarkan filem untuk dia. yeay.)
terima kasih. LOMO ON !
2 comments:
Assalamualaikum. Heyhooo! Banyak gila kamera kau. Sampai sekarang aku masih cemburi mu sebab aku nak Fisheye No.2 & Supersampler tohh.. hahaha.
Tak beli sebab;
1. duit tak pernah simpan
2. up till now, almost a year dah tak pegang kamera filem.
Hm rindunya feeling time dapat tengok hasil. Tambah lagi eksaited bila dapat hasil ya osome! teruja teruja. wahaha
olympia tu! aku pun ada. pernah guna sekali je. suka sebab flash dia yg besar jugaaa! hahaha. bought for same price as recesky tlr juga.
hm. kau ada 11. aku ada 5 saja. 1, aqua rosak. so 4. itu pun tak terbahagi samarata kasihsayang nya. haha.
omomomo. aku lopong juga bila nampak lca. oh! ni! cosina lagi la! hah! rabak mata
Datang singgah sebab nak baca psl smena 8m. Tahu2 je rupanya budak intec sebab dr gambar tu ! Batch bila ?
Post a Comment