Friday

Segmen #RunNakKurus : the key to 'healthier' instant noodles

hello everyone.

(awas. bahasa rojak)

how's your healthy diet going? mine is, hmmm okay lah kot. i'm still in my everyting-but-plain-white-rice diet. today, i had my cheat day. i mean, like, super duper cheat day. two-plates-meals for brunch, plus a cup of necafe (with milk).

this morning, i ate a large crabstick rice ball, three omelette-and-sausage-seaweed roll served with soy sauce, and also tom yum instant noodles. when i was eating, the idea of writing this post came across my mind and i felt unfairand selfish to not sharing this lol.

brunch ala-ala orang jepun yang kurang sihat.

so, how ah? can i write in malay? eh mestilah kan hahahahahahahaha kbye.

mula-mula, rebus mi maggi awak tu. lepas tu toskan. buang semua air tu. guna air lain untuk bancuh cerbuk perisa. bancuh separuh je serbuk tu, dah cukup untuk stimulate your taste buds pun. lepas tu baru campurkan mi yang dah lembut tu dengan kuahnya. untuk sihat lagi, potong lah sikit sayur-sayur. makan! makan mi dan sayur awak tu. kalau ada kuah lebih, hmm buang je pun takpe kot. kalau nak hirup sikit pun boleh. tapi, you know. banyak MSG kan dalam tu jadi better kurangkan.

ala kalau nak sihat tak payah lah makan maggie! cakap senanglah. kalau dah craving macam mana? haa. kalau dah teringin sangat sampai tahap kalau tak makan takut kempunan, bolehlah cuba cara ini. seminggu sekali jadilah. hihi.

selamat mencuba dan selamat mengurus dan menyihat!

Thursday

Segmen #RunNakKurus : why?

hai semorang.

macam mana dengan perjalanan mendapatkan berat badan ideal anda? perjalanan saya, hmm gitulah hendaknya. disebabkan kesibukan diri yang tak berapa reti nak membahagikan masa ditambah lagi dengan exam yang semakin dekat, semakin kurang gamaknya masa dihabiskan ke gym. workout kat rumah pun makin lama makin hambar je. makan pula kemain banyak. ish ish ish.

"whenever you feel like quitting, remember why you started."

sesetengah orang, memang perlukan sangat 'sebab' untuk dia buat apa-apa pun. terutamanya kalau benda yang dia nak buat tu susah. contohnya, kenapa saya nak belajar? sebab nanti saya nak kerja bagus. kalau tak belajar elok-elok, nanti tak dapat kerja bagus (tak tahulah ni applicable ke tak tapi cuma nak jadikan contoh je)

jadi apa sebab yang mendorong #RunNakKurus ? kalau nak difikirkan, banyak sebab sebenarnya macam yang saya nak tulis ni. tapi bila difikir-fikir balik, sebenarnya merepek je semua sebab ni.

1. nak cantik
cantik tu subjektif sebenarnya. depends pada mata yang melihat. kurus, tak semestinya cantik. tapi selalunya orang fikir macam tu lah kan. ini semua pengaruh media yang suka tepek model saiz 00. *dengki*

2. gemuk-gemuk nanti pakwe lari
my friend once said, kalau pakwe yang suka awak sebab kecantikan awak je, tak payahlah. sebab benda tu tak kekal pun. sesetengah orang rasa takut kena tinggal pakwe kalau dia takde usaha nak kuruskan badan. saya tak rasa benda tu applicable untuk saya. sebab? saya dan pakwe dulu got together lepas SPM. dan lepas SPM tu saya naik 10kg akibat makan tidur memanjang. muehehe. dan bila berat saya dah turun, dia blah ToT
alasan ni pun memang tak boleh pakai sebab semua orang ada preference masing-masing.
"eh, you tengok model tu kaki dia kecik nyaaaaa jadilah macam tu you. cantik kot."
"you tengok Jen Selter tu peh mantopnya. you squat lah bebanyak mesti boleh jadi mantop gitu."
dan macam-macam lah.
jawapan dia senang je, "i don't do this to please you." lemak saya takde kaitan dengan hang. kthanksdie.

3. nak sihat
ini sebab yang penting, dan tak dikira merepek. nak kata, bukannya gemuk tu confirm berpenyakit. tapi kegemukan a.k.a obesity tu ialah risk factor untuk pelbagai penyakit contohnya sakit jantung etc. masa saya naik 10kg tu, saya sihat je pun. tapi apa salahnya kurangkan lemak, lagi sihat :D

4. baju dah banyak tak muat
alasan yang ni bagus jugalah kot. tak payah membazir duit beli baju baru. haha.

lepas beberapa ketika, saya sedar yang sebab utama saya nak kurus ialah diri saya sendiri. entahlah. bila tengok berat badan turun rasa macam puas hati. lagipun, apa guna makan banyak-banyak bila sebenarnya kita dah kenyang? apa guna buang duit makan luar banyak-banyak kali sedangkan boleh duduk rumah dan buat benda lain dan at the same time boleh kurangkan makan? haa seronok kan. jadi marilah bersama-sama menyertai program #RunNakKurus lol.

zaman makan tidur sampai jadi belon.
tatap lama-lama dan sedar diri.

Friday

22

hello everyone.

Alhamdulillah, i have been given the chance to see a brand new day today. Thank God for giving me a chance to celebrate my 22nd birthday last Wednesday with my loved ones.

i got some messages and phone call starting from 4p.m. on 25th February as it was already 26th in Malaysia. as i am hiding my birth date on facebook, i did not expect my friends to remember it. but they did :') it would be nice if i could celebrate my special day with them. unfortunately, we were (and still are) thousand miles apart. that's alright. knowing that i am still in your mind is enough to make me happy.

a year older, need to be wiser. more matured. when i was young, i planned to get married by the age 24 or 25, which is only 2 or 3 years from now. i just realized it is hard to achieve. haha. let God decides what's best for me. what's more important now, i need to study hard and smart and be a good doctor. in shaa Allah.

i don't ask much for my birhtday. just, please. doakan saya berjaya.

thanks.