Friday

Post pertama selepas 2 tahun tak buka blog.

Post pertama selepas 2 tahun tak buka blog...untuk menunjukkan yang saya masih hidup, again.

Sesejak balik Malaysia 3 tahun lepas memang jaaaarang sangat ada masa nak menulis kat blog ni. Makin tua makin busy. Ceh. Padahal bukan busy buat apa sangat pun.

Post terakir saya pada tahun 2016, cakap saya dah nak kahwin. Alhamdulillah, 2 tahun 4 bulan kemudian saya dah kahwin dan Alhamdulillah dikurniakan seorang superhero yang tembam macam mak dia. Hihi.

In shaa Allah Selasa ni bakal menjadi hari saya berperang dengan semua orang untuk berebut tempat kerja. Ya, saya masih belum kerja sebab last time nak mintak kerja tetibaaaa semua orang nak mintak tempat yang saya nak tu. Takkan lah saya nak kena terbang pi kerja kat Sabah Sarawak kot? Berdua je dengan baby? Hu. Memang idok ler teman.

Jadinyer, siapa-siapa yang terbaca tulisan saya pada hari ini (rasanya macam audience 2 tahun lepas pun mesti dah lesap kakaka) please lah doakan saya dapat tempat kerja yang saya nak, seterusnya memastikan keluarga kecil kami ini tidak terpisah-pisah.

Kerana saya risau yang saya tidak kuat untuk itu.

Sekian.
Mungkin akan tulis post baru lagi 2 tahun wkwkwk bye.

No comments: