manusia-manusia ber-sut hitam ala-ala men in black, lengkap dengan cermin mata hitam dan masing-masing berpistol mula melangkah pelan-pelan ke arah khalayak. memerhati satu-satu orang yang ada kemungkinan ialah "orang kuat". langkah beberapa manusia-manusia bersut hitam terhenti di hadapan Lili dan AhSem. dua pasang mata orang kuat ditatap lama-lama manusia-manusia bersut hitam. Lili makin berundur, hampir hilang badannya terlindung dengan AhSem. takut.
tiba-tiba salah seorang daripada manusia-manusia bersut hitam menarik tangan Lili lalu mengacu pistol ke kepala perempuan kuat yang tidak nampak kuat langsung itu.
"kalau tak ada yang mengaku, semua akan mati. dimulakan dengan perempuan ini."khalayak mula hingar. masing-masing berharap supaya orang kuat mengaku dia kuat lalu jiwa-jiwa mereka akan selamat. jiwa perempuan itu juga akan selamat. tiba-tiba AhSem melangkah ke depan sedikit.
"awak, jangan," halang Lili yang kepala sudah diacu pistol. air mata mengalir pelan-pelan."habis awak nak mati? awak nak semua orang mati?"Lili diam. manusia-manusia bersut hitam mula mengepung AhSem yang secara tiba-tiba mara ke depan menghampiri Lili yang kepalanya sudah diacu pistol. Lili pula makin laju menangisnya. AhSem terus melangkah perlahan sambil dalam kotak fikirannya bermain ulangtayang perbualan yang pernah berlaku antara dia dengan Lili.
* * * * *
"awak kenapa tak guna pun kuasa awak? ke...awak tak ada kuasa? haha," usik AhSem pada suatu hari."haha. entahlah. belum pernah jumpa pun lagi kuasa saya. entah bila entah nak muncul. tapi, itulah... uncle kata, saya pun ada kuasa macam awak. tapi, kuasa awak boleh guna bila-bila.""habis kuasa awak boleh guna bila?""hmm..uncle kata, kuasa saya boleh guna untuk seorang ni je. mungkin bila saya jumpa dia nanti, baru saya dapat kuasa saya."
"oh. agaknya mana awak nak jumpa orang tu? saya teringin juga nak tengok kuasa awak. ada tak se-power saya. haha," AhSem tak habis-habis menganjing dan berbangga-bangga.Lili hanya tersengih sambil mencucuk-cucuk tako tao di depannya dengan lidi. makannya tidak, cuma mencucuk-cucuk. entah apa yang difikir entah.
"uncle cakap, kalau saya dah jumpa orang tu, saya dapat rasa.""entah-entah, orang tu saya kan? haha. awak ada rasa apa-apa?"Lili senyum. dalam hatinya berkata, "ada..."
* * * * *
tidak kisahlah kalau kuasanya terpaksa digunakan untuk selamatkan semua orang. untuk selamatkan Lili. tidak kisahlah kalau sampai dia mati pun kuasa Lili tak keluar-keluar. dia mesti berkorban juga. paling tidak, untuk hari ini.
"saya orang yang awak cari. sekarang lepaskan dia."manusia-manusia bersut hitam memegang AhSem. tersengih-sengih. AhSem masih dengan muka serius yang jarang sekali dapat dilihat. Lili pula masih seperti tadi, menangis.
tiba-tiba sedas tembakan dilepaskan ke kaki AhSem. AhSem melutut, darah memancut keluar dari bekas tembakan. sekejap sahaja, dan darah mulai kering. manusia-manusia bersut hitam mula memijak dan melakukan sesedap hati. misi utama ialah untuk menghapuskan bahan ujikaji puak mereka ini. sepuluh lawan satu. AhSem terbaring dengan darah berlumuran.
tiba-tiba AhSem bangun semula. dengan tenaga yang tiba-tiba ada, dia membelasah manusia-manusia bersut hitam itu sampai habis kesepuluh-sepuluh mereka. setelah habis semuanya, tiba-tiba berpuluh lagi manusia-manusia bersut hitam datang lalu menghabiskan AhSem. beberapa das tembakan turut dilepaskan, menyebabkan AhSem gagal melawan.
setelah AhSem tidak bergerak lagi, lelaki-lelaki bersut hitam mula melangkah pergi. misi seterusnya, mencari bahan ujikaji yang satu lagi - seorang perempuan. mereka tidak menyedari bahawa perempuan kuat juga berada di situ. Lili berlari mendapatkan AhSem. memangku kepala yang penuh darah. mengelap darah merah pekat dengan kain bajunya. sambil menampar-nampar pipi AhSem, mohon dia sedar. tetapi dia tidak bergerak langsung.
"awak. saya rasa. saya rasa yang saya dah dapat kuasa saya bila awak ada. tapi kenapa saya tak boleh guna kuasa saya untuk selamatkan semua orang..." Lili bermonolog kesal. "saya perlukan awak." sambungnya."awak, bangun. jangan tinggalkan saya. awak kena bawa saya pergi. pergi ke satu tempat yang saya boleh hidup aman. awak dah janji..." kata Lili sambil terus menampar-nampar pipi AhSem. tiada respon.
"marry me and i'll work it out. i promise you..."(unofficial soundtrack: Journey Ends Nowhere - Oh Chentaku ft. Yuna)
source: blast |
dan AhSem masih kaku.
anda juga mungkin tercari-cari ini sebab anda tak faham kejadah apa yang dimerepekkan kat atas ni. jadi sila klik tajuk post yang ini.
- superman: kehidupan yang lain dengan hati sama #1
- superman: kehidupan baru yang bingung #2
- superman: kepala lawan helmet peragut. #3
- superman: senjata ubat pelik #4
- superman: complete her meiosis cycle. LOL #5
- superman: serangan pertama di restoran mek di #6
No comments:
Post a Comment