Friday

superman: kehidupan yang lain dengan hati sama #1

ada seorang lelaki. namanya AhSem. jika dilihat pada nama, mereka kata mereka tahu apa bangsa dia. persetan kan apa bangsa dia. kan kita satu malaysia *ketawa kecil* apa yang penting sangat nak tahu bangsa watak utama dalam cerita yang entah benar entah tak?

dari kejauhan dia lihat ada peluru-peluru. ada asap-asap. ada bunyi-bunyi bising. ada bunyi-bunyi jerit pekik. ada bunyi letup dan tembak. ada bau darah. ada bau daging hancur.

dia lihat sekeliling. ada lelaki ada perempuan. ada tua ada muda. ada satu wajah usia-usia sama dia. satu wajah itu bila dipandang, jantung jadi gila. jadi laju. jadi kuat hentak-hentaknya. rasa macam kandang rusuk dipalu.

tiba-tiba ada tusukan tajam halus di belakang. picagari. dengan ubat rahsia. penusuk nya hilang ke mana. lari mungkin. tak dapat dipastikan siapa saspek nya. AhSem cabut picagari yang telah kosong ubatnya disuntik. tangan tangan rasa mengecil. muka muka rasa tegang. kedut kedut pada kulit hilang. rambut menghitam. badan rebah sebelah seekor lembu yang diikat pada pokok. putih. kelabu. putih. hitam. gelap. senyap. padam.

sedar semula.

AhSem lihat muka pada pantulan cahaya pada lopak air. muda. lihat sebelah. rangka lembu pada tali rapuh. seratus tahun mungkin sudah berlalu. dia bangun berdiri pada kaki. rasa teguh. rasa kuat. rasa baru.

pandang sekeliling. lelaki perempuan tua muda seperti sebelumnya. cuma semua wajah beza. cuma ada satu yang sama. wajah perempuan usia-usia dia. yang buat jantung gila. yang buat kandang rusuk sakit. wajah sama. cinta yang itu. sebelumnya.

rupanya Ah Sem berada dalam kehidupan yang lain. kehidupan yang baru. kekuatan yang baru. tapi hati dan cinta yang sama.




anda juga mungkin tercari-cari ini sebab anda tak faham kejadah apa yang dimerepekkan kat atas ni. jadi sila klik tajuk post yang ini.

2 comments:

mysara ramlan said...

wah. saya suka tulisan anda! =)

Anonymous said...

Saya pun suka tulisan ini...

Salam kenal..

Saya follow sini..

My blog-->the HEHS lady