Tuesday

superman: senjata ubat pelik #4

Ahad pagi. seperti biasa, sibuk benar pekan kecil tempat uncle berniaga. pin pin sini. pon pon sana. AhSem masih sibuk menyusun surat khabar hari ini yang diselerak pelanggan yang membaca percuma. sudahlah baca percuma, diselerak pula.


seperti biasa juga, si gadis yang diselamatkan tempoh hari lalu-lalang di depan kedai uncle. bertegur sapa dengan uncle mesra. seperti bapa dan anak. seperti baby dan sugardaddy. AhSem jeling-jeling. mana tahu rezekinya dapat menyelit. tapi bila difikirkan semula tentang tamparan cakar harimau yang diterimanya dari tangan lembut si gadis haritu, menggeletar kepala lututnya.


seukir senyum dihadiah pada AhSem. jantung jadi gila buat kesekian kalinya. jadi laju. jadi kuat hentak-hentaknya. rasa macam kandang rusuk dipalu.


"hai, awak duduk dengan uncle kan? nama saya Lili," tegur si gadis tiba-tiba."oh, saya AhSem. aah. duduk dengan uncle."


si gadis senyum, meneruskan jualbeli dengan uncle. dan pergi. dari jauh mata AhSem mengikut gerak ke kiri ke kanan ke atas ke bawah si gadis. ya, dari jauh. dari dekat, takut dihadiah penyepak.


"siapa dia tu, uncle?"


 uncle diam. dan bagi isyarat, "di rumah kita cerita" AhSem angguk tanda setuju. terus kerja.


*     *     *
malam itu seperti biasa, sesi berkenal-kenalan antara AhSem, auntie dan uncle diteruskan. bagi makin rapat, baru boleh hidup bahagia sama-sama. maka keluar lah cerita ubat pelik disuntik dan tidur selama 50 tahun.


"sebenarnya, 50 tahun dulu, kita dalam satu pasukan yang sama. waktu itu, kita sama-sama menentang musuh dari negara yang sudah maju teknologinya nak bandingkan dengan kita. dan waktu itu, mereka guna satu senjata yang masih dalam ujikaji.."


auntie tersedu mendengar cerita suaminya. uncle berdehem, menyembunyi rasa sedih. AhSem, dengan muka tak-tahu-apabenda-orang-tua-ni-cerita.


"kamu tak kenal saya? kamu tak kenal perempuan yang selalu datang kedai tu?" tanya uncle.


AhSem geleng kepala laju-laju, cuma, dia ingat juga dia pernah terpandang wajah sama dengan perempuan tu sebelum dia tidur 50 tahun. satu wajah itu bila dipandang, jantung jadi gila. jadi laju. jadi kuat hentak-hentaknya. rasa macam kandang rusuk dipalu.


"AhSem, kamu tak kenal saya? saya AhChong."


AhSem pandang wajah uncle lama-lama. dia cuba hilangkan kedut-kedut pekat dari wajah uncle. cuba ingat-ingat balik wajah rakan sepasukannya sebelum dia tidur 50 tahun. sebelum dia bangun sebelah bangkai lembu reput. AhSem peluk uncle selepas dia sedar yang rakannya dulu sudah tua. sudah dalam 70-80 tahun juga. dan dia? dia baru 20 tahun seingatnya.


"dan perempuan itu, jiran saya yang kita selalu hendap dari kem. yang kena tangkap dengan askar lawan. yang jadi bahan ujikaji senjata atau ubat pelik yang disuntik pada kamu. dengarnya, selepas diuji pada perempuan tu, ubat tu ada kena ubah sikit, lepas itu baru dia suntik pada kamu sampai kamu tidur 50 tahun"


AhSem tercengang. oh patutlah wajah perempuan tadi masih muda. masih macam dia.


"saya dengan auntie saja yang tahu pasal perempuan itu sekarang. dan pasal kamu. jaga-jaga. pihak musuh masih mahu cari orang-orang yang kena suntik dengan ubat ni dulu. mereka mahu hapuskan."


AhSem telan liur. dengar macam nyawanya dalam bahaya. nyawa perempuan itu juga.








anda juga mungkin tercari-cari ini sebab anda tak faham kejadah apa yang dimerepekkan kat atas ni. jadi sila klik tajuk post yang ini.

2 comments:

Unknown said...

mmg tertnye2 oke

ade mse aku bce

Lelaki said...

suka superman yea...:)