"mana aku ni?" terpacul kata-kata dari mulut.
jauh sikit jalan, dia nampak seperti ada pusat bandar. sibuk gayanya. kereta, motor. tidak macam yang dia lihat sebelum dia "tertidur" tadi. nampak semua sudah berubah. sudah maju. nampak macam lama pula dia "tertidur". dia jalan lagi sampai di depan sebuah kedai runcit uncle berseluar pendek coklat dengan singlet putih koyak sikit kat bahagian belakang. terpandang sekilas pada kalendar jenis tarikh besar yang kena koyak satu setiap hari.
"tahun 2010? rupanya dah 50 tahun lebih..."
"ya, apa mau cari?" tiba-tiba uncle berseluar pendek coklat dengan singlet putih koyak sikit kat bahagian belakang menyapa AhSem.
AhSem sengih. tak tahu apa yang dia mau cari sebenarnya. mau cari awek yang dia nampak sebelum tidur dan selepas bangun tadi, mustahil kedai macam ini jual perempuan. yang lagi mustahil, roti pun dia tak mampu beli. sepuluh sen pun tak ada dalam poket. hendak-hendak, "roti sekarang mahal. kenapa sampai 80sen?" bentaknya sambil terus melilau tanpa arah. sudah lah tak ada duit. kad pengenalan pun tak ada. dia juga masih bingung. apa yang telah terjadi sebenarnya.
berjalan-jalan lagi sehingga terpandang wajah perempuan yang buat jantung jadi gila macam tadi-tadi. macam masa sebelum tidur dan selepas bangun. ah sudah. hantu mana pula ni. asal buka mata nampak dia. dan asal nampak dia, dia nampak anak mata AhSem ikut gerak dia. melihat pandangan perempuan itu memanjang fokus ke arahnya, AhSem beranikan diri. berjalan lambat-lambat. perempuan itu tidak pula lari.
"kenapa saya rasa macam awak tengok saya? awak ni siapa?"
"gila?"
PANG. sedas tamparan dengan jurus cakar harimau melekat di pipi kiri.
anda juga mungkin tercari-cari ini sebab anda tak faham kejadah apa yang dimerepekkan kat atas ni. jadi sila klik tajuk post yang ini.
No comments:
Post a Comment