Friday

superman: kepala lawan helmet peragut. #3

AhSem pegang pipi. Perempuan itu pegang tangan sendiri sambil mata membulat. Tak percaya agaknya dia sudah terlempang seorang lelaki. Dua-dua senyap terpaku. Masing-masing beku. Kelu.
“maaf,” kata si perempuan, ada sikit nada sesal.
AhSem senyap tapi kepalanya diangguk-angguk perlahan. Kemudian senyum. Kata maaf keluar dari mulut. Maaf kerana menyergah tak tentu pasal. Kemudian dia pusing, buka langkah balik ke kedai uncle berseluar pendek coklat bersinglet putih koyak sedikit di belakang. Entah kenapa masa melangkah pun dia masih rasa diperhati. Dia toleh, lihat perempuan itu masih memandangnya. Untuk beberapa saat mereka berbalas pandang, kemudian AhSem teruskan langkah ke kedai uncle berseluar pendek coklat bersinglet putih koyak sedikit di belakang. Takut tenung lama-lama, sedas lagi kena.
“uncle, ada kerja kosong?” Tanya AhSem saja-saja. Mungkin juga kerana mengenangkan poket yang kosong dan perut yang berkeriuk-keriuk.
uncle berseluar pendek coklat bersinglet putih koyak sedikit di belakang pandang AhSem atas bawah atas. Betul-betulkan cermin mata. Uncle yang umur sekitar 60 atau 70 tahun itu senyum.
“kamu mau kerja sini? Boleh. Boleh. Tak ada masalah,” kata si uncle dengan pelat Cina.
AhSem sengih. Hari itu juga dia mula bekerja. Uncle itu pun tak banyak soala dan kerenah. Seperti sudah lama kenal pula. AhSem senang hati. Dapat juga dia makan sikit.
Baru tujuh lapan minit AhSem mulakan kerja baru, terdengar suara orang menjerit minta tolong dekat luar. AhSem jenguk. Ah. Perempuan yang tampar dia tadi. Kena ragut beg tangan. Syaitan dan dengki hasut AhSem supaya berdiam diri saja.
“itu lah lempang aku lagi. Kan dah kena,”hati dia mengutuk.
Tapi entah kuasa mana menggerak kaki, AhSem berlari mengejar peragut yang menaiki motosikal. Dengan semudah kacang goreng AhSem Berjaya mencapai beg tangan perempuan tadi yang dipegang peragut. Dia tarik beg tangan, lalu peragut hilang kawalan lalu terbabas. Beg tangan berpindah tangan. Dan kuasa yang entah dari mana datang tadi menggerak pula tangan Ahsem, menggenggam kolar baju si peragut. Si peragut yang kaget cuba menghentak helmet di kepalanya ke kepala AhSem. BAM! Berdarah kepala AhSem. Retak helmet. Tapi tak rasa. Dia terus genggam kolar baju peragut sampai orang ramai datang. Lalu dia serah si peragut pada orang ramai. Orang ramai beri dia kain lap. Lap darah di kepala.
Sikit pun tak rasa sakit. AhSem pelik dengan diri sendiri. Orang ramai memuji-muji sebab dia jadi orang pertama berani tangkap peragut.
“terima ka…”
“tak payah,” pintas AhSem sebelum sempat si perempuan habiskan kata dan hulur duit RM50.
Pukul 9 malam uncle mula berkemas mahu balik. Dia bertanya di mana rumah AhSem. AhSem terdiam. Dia pun tak tahu. Yang dia tahu tadi dia sedar atas daun kering dan dahan patah. Sebelah bangkai lembu reput. Lepas itu dia datang sini, kena penampar dan kembali semula ke sini. Lalu uncle itu dengan baik hati mempelawa AhSem pulang ke rumahnya.
“lagipun saya Cuma tinggal dengan bini. Hari-hari dia hadap saya, saya hadap dia bosan juga,” tambah si uncle dengan nada cuba buat lawak.
Malam itu AhSem, uncle dan auntie (isteri uncle) meluang masa bercerita. AhSem dengan rela hati menceritakan kisah dia bangun atas daun kering dahan patah sebelah bangkai lembu reput. Terkerut-kerut dahi dua orang tua itu mendengar. Latar belakang kisah AhSem sebelum dia “tertidur” pun seperti 50 tahun dulu, buat dua orang tua itu makin rasa pelik. Kedut-kedut di muka tambah kerut-kerut di dahi makin serius bila mengenangkan peristiwa petang tadi – kepala lawan helmet, helmet retak, kepala berdarah.
“kamu ni Superman.”




anda juga mungkin tercari-cari ini sebab anda tak faham kejadah apa yang dimerepekkan kat atas ni. jadi sila klik tajuk post yang ini.

No comments: