Thursday

superman: serangan pertama di restoran mek di #6

hari ini seperti hari-hari biasa. bangun, pergi kelas dan selepas kelas, makan-makan di restoran mekdi. hari-hari begitu, sejak setahun lalu.
"eh, kalau ada orang ajak kahwin kan, awak nak?"
"kahwin? haha mana boleh kahwin."
"sebab?"
"saya tak normal." Lili ukir senyum nampak gigi.
"kalau awak kahwin jugak, jadi apa?"
"nanti lahir baby mutan."
AhSem ketawa. dia faham kenapa. dia faham apa yang tidak normal. senjata ubat pelik yang disuntik pada Lili 50 tahun lalu telah memodifikasi genetik. dan jika dia berkahwin, sudah pasti genetik itu akan diwarisi oleh anaknya. mungkin jumlah kromosom tak sama. contoh macam kromosom lalat ada 12 contohnya. bila persenyawaan, 6 kromosom datang dari bapa dan 6 kromosom dari si ibu. dicampur, jadilah 12 kromosom iaitu seekor lalat. jika terkurang satu kromosom dan kebetulan bawang besar mempunyai 11 kromosom, maka lalat yang terkurang satu kromosom akan berubah menjadi bawang. okay ini contoh je.
"kalau kahwin dengan orang yang sama-sama tak normal?"
Lili diam. senyum. AhSem pun senyum. senyum gatal mungkin.
"tak nak lah. nanti dapat anak tak normal jugak." sengih masih belum hilang dari muka. "tapi kalau dapat buat satu family superheroes pun seronok kan. hikhokhikhok." tetiba dia menyambung lalu terketawa macam keldai.
lalu mereka berdua bertukar menjadi keldai dan ketawa bersama. bahagia sungguh. sehinggalah tetiba bunyi letupan kuat berlaku pada bumbung mekdi lalu siling runtuh. semua bertempiaran lari. nasib mereka baik kerana semua selamat dan tidak ditimpa bumbung. mereka berkumpul di depan bangunan mekdi untuk menyaksikan apa yang bakal berlaku.
"siapa sini rasa dia orang kuat, cepat tunjuk diri."
semua berundur.






anda juga mungkin tercari-cari ini sebab anda tak faham kejadah apa yang dimerepekkan kat atas ni. jadi sila klik tajuk post yang ini.


No comments: