hai awak-awak sekalian.
hari ini saya terasa ingin update blog walaupun badan saya penat sangat dan kepala saya pening. tambahan pula dengan tangan yang rasa macam nak tercabut ni. okay. hiperbola gilavavs. sudah. sudah. nanti ada yang mencarut kang sebab buat isi tak serupa tajuk.
bagaimanakah cara untuk mengurangkan masalah muka berminyak dengan mudah? nama pun dengan mudah maka jangan lah expect benda-benda yang saya nak tulis ni akan menghilangkan masalah muka berminyak secara holistik. amboi. holistik. kehkeh. geli bulu ketiak.
pertama.
awak-awak semua perlu mengetahui yang kulit muka kita mengandungi minyak dan air yang perlu diseimbangkan. cewah. serius ni. contoh macam ini, jumlah air kena ada dalam lebih kurang 70% dan minyak 30%. bila kurang minyak, itu jadi kulit kering. bila terlebih minyak mulalah muka berkilat kemain kan. so, pertama, mesti seimbangkan jumlah air dan minyak dalam kulit.
macam mana nak seimbangkan?
haruslah bermula dari dalam. banyakkan minum air masak. tak kisah lah awak-awak semua panggil dia air masak ke, air mati ke, air putih ke, mineral water ke, whatsoever. minum itu banyak-banyak. eheh. selain menyihatkan badan, air juga menyihatkan kulit tahu? minumlah lapan gelas sehari seperti yang disyorkan oleh kementerian kesihatan. hihi.
kemudian, untuk produk penjagaan kulit, haruslah guna pencuci, toner dan pelembap! jangan ingat pencuci je dah memadai. jadi, sesiapa yang tak ada toner dengan pelembap tu, esok pergilah beli ya. dan disyorkan, produk-produk ni, gunalah yang water base. saya pun tak berapa pasti water base tu macam mana. saya selalu nampak yang acid base je. hihi. oh ya. pelembap penting juga untuk menjaga keseimbangan air dan minyak yang saya bebelkan tadi tu. macam saya, saya guna garnier aqua defense. hmm. bolehlah. takdelah berkilat sangat muka. hihi.
rasanya ini sahaja lah untuk hari ini ya. at least nampak berguna juga blog ni bila tepek sikit-sikit info macam ni. eceh. info ni pun macam apa je. geli aku. pui.
by the way, good luck ya untuk semua yang nak ambil result PMR esok. relax lah. akak ni hah, dulu dapat juga 8A, masuk universiti tak jadi top student jugak. sob sob. nanti, dah dapat straight A lepas tu masuk sekolah berasrama penuh, jangan sibuk nak mereport je kerjanya cakap kena buli lah apebende lah. geli tau dah tua bangka main report-report ni. hrr. okay emosi pula cerita pasal kes buli ni hihi.
goodnight, assalamualaikum dan salam sejahtera.
selamat mempraktikkan benda-benda yang saya cakap ni!
2 comments:
minum air masak seringkali aku terlupa adik... arghhh akan pastikan untuk kulit nyg cantik heeeee.. info aka tips menarik
bagus entry ni. muka cik tikah berminyak thap ketara kot!
Post a Comment