Showing posts with label heis♥. Show all posts
Showing posts with label heis♥. Show all posts

Wednesday

Malaysia dan puasa.

alhamdulillah, finally back in Malaysia, on my comfy bed hewhew. okay bajet je. yang sebenarnya katil mana-mana pun sentiasa comfy untuk saya. bahkan lantai airport apalagi sofa Burger King sangatlah selesa untuk saya tidur.

jet lag!

dah seminggu lebih sampai Malaysia pun, pattern tidur masih tak betul. ini sekarang dah 1.41 pagi dan masih belum tidur. dah mengantuk, tapi tadi tolong kawan saya buat academic writing untuk dia punya final semester, lepas tu sempat lah berurus niaga kejap kat twitter. sempena puasa dan raya ni saya ada bisnes sikit. perabih tudung bawal, dan jual tote bags. alhamdulillah dah ada 3 orders. hewhew.

Damia Aryssa, Auntie YunYun dan Bello Yellow

le familia


tahun kedua acah-acah nak buat salam perantauan tapi last-last tewas jugak pi beli tiket balik Malaysia. duduk rumah, ternak lemak. paling best tahun ni puasa first, semua balik berkumpul rumah Mami. dan dan dan dapat pegang anak sedara baru, Damia Aryssa. dah lah comelllll tembam tembam tembam lepas tu asal kena agah sikit terus ketawa nampak gigi dua batang (dia lahir ada gigi, sama macam saya). comel sesangat okay rasa macam taknak lepas je. :( aidil pulak dah boleh berlari. tapi dia tak suka saya. kahkah sedih betul. mungkin dia dah tak kenal saya kot lepas setahun dah tak jumpa. dulu masa dia bulat kemain manja lagi dengan semua orang.

okay lah. tak tahu nak tulis apa dah. oh ya. untuk awak yang nak sangat dengan bekas pakwe saya tu, pergilah ambik. lewlz. *cari gaduh* bye nak pi tidoq mimpi pakwe baru abam JayJayJay tittewww.

Sunday

projek sayapatah 3 done.

semalam, projek sayapatah 3 ditutup dengan jayanya. awalnya saya ingat tak ada orang nak join (memandangkan promosi yang dibuat agak lambat, dan lemau. hahah) sekali nya macam tak menang tangan juga lah copy paste tweets masuk dalam zine.

terima kasih kepada ujong tanah clothing atas promosi, dan kawan kawan saya juga yang tak pernah jemu untuk menyokong saya. ada yang promot sampai abang penulis Kopi dan Sumbat pun join sekali. *menangis*

waktu semua orang, sokong saya, saya rasa gembira sangat.
gembira sangat.

malangnya orang-orang yang saya sayang, mana?

keluarga saya sentiasa sokong saya dalam pelajaran.

awak pula mana?
saya bukan nak cakap apa. cuma macam terkilan sikit. apa yang saya buat, nampak salah. dan mungkin apa yang awak buat saya selalu nampak salah juga. maybe this is the price i have to pay lah kot kan. masing masing, tak percaya pada masing masing.

saya rasa kita ni memang tak ada jodoh lah. haha.

okay kembali kepada mood normal. zine sayapatah kali ni mungkin dalam versi pdf je kot. sebab kat sini printing mahal. nak post pun lagi lah. nak menjaja kat Grafton street, tak sama macam kat Petaling street mahupun Central market kat Malaysia tu. serius kalau saya kat malaysia, saya dah ulang kerja gila saya pergi menjaja mana mana. tapi saya jauh.

15,009 km dari awak. dari keluarga. dari kawan kawan yang saya suka.

tapi syukur masih ada event sayapatah yang menyatukan kita, walaupun cuma untuk tiga jam. tiga jam pun cukup untuk bagitahu saya yang kawan-kawan saya masih ada (walaupun mungkin ada sikit yang tak ada semalam). mereka ada, mungkin cuba kekangan jarak masa dan kesibukan hidup masing masing, jadi sekejap ada sekejap tak ada.

haha. kelakar lah.
makin tua makin seorang-seorang.
sebab nanti, kat kubur kan seorang-seorang.
kena lah berlatih dari sekarang, bukan?

nantikan sayapatah pdf hujung minggu depan.
cheers.

Saturday

tear us in two.


8.09 p.m.
Pembroke Place, Dublin 2, Ireland.

4.09 a.m.
anywhere, Malaysia.




the distance between us seems far.
and becomes further from day to day.
but actually it stays the same.

the feeling between us seems close.
and becomes closer from day to day.
but i am not sure what it really means.

the distance. the time. the feeling.
name it.

everything is meant to tear us in two.

Wednesday

otak dan hati.

orang kata, kalau belajar, kena belajar dengan hati.
baru ilmu tu meresap
dan ingat sampai ke tua.

orang kata, kalau belajar dengan otak
semata untuk periksa, dunia.
lepas tu, lupa.

masalah kita ialah
kita selalu belajar pakai otak
dan sayangkan orang guna hati.

lupa apa yang belajar.
ingat orang yang kita sayang sampai mati.

mimpi



Kita sama mimpi gembira. Dan kita bangun dengan rasa hampa yang sama.
Mungkin saya dan awak memang cuma mampu gembira berdua dalam mimpi.
Saya faham kenapa awak mimpikan saya. Mungkin sama kerana apa saya mimpikan awak.
Tapi hati saya yang awak pecahkan beberapa kali, dah tak mampu saya sambung-sambungkan balik. Lalu saya biarkan dia pecah bersepah.
Sebab saya tahu awak sedang pegang hati dia. Dan awak tak sanggup lepaskan hati dia untuk kutip balik serpihan hati saya yang awak pecahkan.
Jadi mungkin kita patut layankan saja mimpi gembira dan bangun dengan rasa hampa setiap hari, sampai dia tak bagi apa-apa makna lagi.
Saya tahu saya kuat seorang. Dan saya tahu awak kuat dengan dia, yang awak pilih.
Kita sama sama lari jauh-jauh dari masing-masing. Bumi ini bulat, sayang. Kalau memang jodoh, kita jumpa hujung nanti.
Tapi saya dah tak larat untuk gantungkan harapan saya pada kata jodoh. Mungkin bukan antara saya dan awak.
Simpan rasa awak. Saya simpan saya punya. Kita tengok, berapa lama. Mungkin sampai bila-bila.

Sunday

frost berjimba

salam sejahtera. salam satu Malaysia. salam dari Ireland. wkwkwk.

sejak bergelar pelajar medikal dekat negara orang ni, saya rasa macam susah je nak cari masa untuk update blog. ada awak kisah? takde kan. tak kisah sudah lah. saya saje je nak bagitau. sibuk. okay abaikan saya.

kehidupan saya baik. kesihatan sama macam dulu. kegembiraan kadang kadang ada kadang kadang tak. biasa. semua biasa. tak ada yang luar biasa.

(sebenarnya benda ni ada dalam draf untuk seminggu sebab takde masa nak update blog. sadis betul lah hoi)

sabtu, saya plan berjimba dengan kawan kawan saya. ada kawan lama ada kawan baru. saya naik bas sorang sorang nak pergi rumah kawan saya. itu kali pertama saya naik bas sorang sorang. dan akhirnya saya sesat 2km ke depan daripada bus stop yang sepatutnya saya turun. bangang. lepas tu saya menapak dalam suhu kosong darjah celcius, ikut GPS, cari rumah kawan saya. terima kasih Tuhan sebab bantu saya.

Baile Atha Cliath

tiket wayang serupa resit. harap je mahal sampai 10.50 euro = RM42

lepas tu kami pergi beli tiket wayang. sementara tunggu masa, kami pergi makan kebab. lepas tu nak shopping tapi kedai tutup. gila tau tutup kedai pukul 7. semua kedai pulak tu.

oleh kerana dah takde kerja, kami pergi naik ride 4D. harga 4 euro. terjerit jerit macam budak kecik. okay lah, nampak real. tapi kat USS better sebab efek air pun ada. cuma yang best kat sini, tak payah beratur. dan murah.

8.40 malam. rise of the guardians. terkena cartoon crush. hensem dan sweet gila vavi lah Jack Frost tu. haha! okay. budak rumah saya tak bagi cerita sebab diorang belum tengok.

tadi pulak saya pergi city. shopping macam orang gila. knitted sweater batman, sweater putih, shawl, coloured skinny, handbag, gelang, cereal, kopi, susu. heaven! bayar pakai debit card je uolls sebab wallet dah kosong. kihkih. total semua lebih kurang 60 euro. convert. mampus. dua hari shopping rm240.
TADAAAA. this is life.

post ni bosan serupa lehenet sebab saya dah takde mood nak menulis. aaaa. kena siapkan projek zine. oh by the way, saya bakal berkolaborasi sebagai satu kumpulan dengan satu group ni, keluar zine dengan diorang. nantikan!


*pengsan*

Mikhail.

hai semua.

kehidupan saya sekarang sama je macam dulu. atau munking lain sikit. yang penting tak banyak beza pun. sama je hidup kat mana mana. hidup kat malaysia, hidup kat dublin. yang lain cuma hidup di dunia dan di akhirat je. okay saya taknak jadi ustazah pun kat sini.

adalah orang tanya kenapa saya nampak sedih atau kenapa saya nampak macam takde mood atau kenapa saya nampak penat je sejak akhir akhir ni. jawapannya ialah, mana ada saya sedih. saya happy gila kot sekarang. awak salah tengok.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
(tengok betapa gembiranya saya sekarang.)

untuk orang orang tertentu yang ingat saya sedih, dan bersama sama sedih dengan saya (kononnya), sebenarnya saya tak sedih pun. mungkin awak juga tak sedih. mungkin tak ada siapa pun antara kita yang sedih. itu mungkin yang awak ada adakan, macam yang awak selalu buat.

sekarang saya okay. saya baru je habis anatomy oral test kali kedua semalam (jumaat). saya dapat dengan lecturer yang baik, menyebabkan peluang untuk dapat A cerah. sebab Tuhan tolong saya. Tuhan gerakkan hati lecturer tu untuk tanya benda yang saya pulun habis sebelum test bermula. banyak je kan cara Tuhan nak tolong kita, terutamanya orang yang dalam posisi baru teraniaya oleh orang lain macam saya ni. haha.

"what is this?"
"the spleen."
"what vessel is this?"
"splenic artery." (laju je saya bantai sebab itu je vessel yang saya tahu yang ada kat area situ.)
"where does this vessel come from?"
"the coeliac trunk."
"name the other vessels that come from coeliac trunk."

BAM. saya rasa nak nangis terharu sebab sebelum masuk anatomy room, berjuta kali saya ulang sebut benda yang sama. dan akhirnya saya dapat soalan tu. lalu dengan lajunya saya jawab.

"splenic artery, together with common hepatic artery and left gastric artery."

yeaaaayyyyyyyy terima kasih Tuhan, saya dapat A :')

saya ialah dalam kotak kecik yang macam cacat tu kahkah

hari ni tahap takde kerja sampai buat kerja macam orang foreveralone gila babi. lupa pulak isnin ada test 5 modules. kahkah.







mungkin sebenarnya saya sedih. mungkin tak. mungkin nanti nanti saya okay. atau mungkin sebenarnya saya dah okay pun. cuma kadang kadang rasa tu datang, tapi saya lawan. saya rasa tak adalah susah sangat nak lawan perasaan. sebab saya dah biasa. dah biasa kena. dengan orang yang sama. ulang ulang ulang ulang. hati saya pandai bosan jugak tahu.

Shayk AbdulBary kata, salah satu cara untuk naikkan rasa takut pada Tuhan ialah dengan cara mengawal kehendak kita.

dan saya teringat, kadang kadang, apa yang kita nak tu bukanlah benda yang baik untuk kita. dan kadang benda yang kita tak suka tu ialah benda yang terbaik untuk kita. dan Tuhan sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. sentiasa. yang penting kita percaya.




ahh comelnya comelnya comelnya Michael.
oh nanti kalau saya ada anak saya nak nama dia Zayn Mikhail.
okay bye.

Tuesday

cerkon: pulangkan superpower saya. saya tak mahu jadi manusia normal yang ada hati.

halo kawan kawan yang semakin kurang.

terima kasih sebab masih ada dengan saya walaupun makin lama saya makin tua dan makin mengada ngada. terima kasih sebab masih ada dengan saya waktu orang lain semua lari dari saya. terima kasih kerana masih mahu baca, walaupun baca tak semestinya bermaksud ambil berat.

saya sedang dalam fasa sedih teramat sampai rasa macam nak jadi pembantu malaikat pencabut nyawa. cabut nyawa orang tertentu, atau kalau tak mampu, cabut nyawa sendiri.

baru dua hari tanpa nasi, mungkin boleh tambah hari lagi. dua hari bersama koktel ubat, mungkin boleh ambil banyak lagi selepas berjumpa doktor nanti. ah. hidup yang sama dari dulu. bosan kadang kadang.

jangan cabar saya buat apa yang saya tak pernah buat.
sebab selalunya saya akan buat apa yang saya tak pernah buat.

dan bila saya buat apa yang awak cabar saya buat, jangan marah.
jangan tanya kenapa.
jangan kata saya sengaja.

mungkin saya tak sekuat oang lain yang boleh tersenyum masa mati bapa.
mungkin saya tak sekuat orang yang boleh ketawa bila dia kalah.

saya pernah sekuat tu, tapi bukan sekarang.

terima kasih untuk awak yang pernah ambil kekuatan saya
dan buat saya jadi manusia.

pulangkan superpower saya.
saya tak mahu jadi manusia normal yang ada hati.

Sunday

Travel Log Ais Ais Kacang #4 : ujian(s) dan Malaysia boleh

the problem is
we will never feel thankful for what we have.

Jumaat lepas, raya haji. dan Jumaat lepas juga, saya ada exam card signing. iaitu, peperiksaan oral anatomi. dia bagi tulang, cerita. cerita semua pasal tulang, tendons, joint, muscle attachments, functions dan masalah masalah klinikal yang memang belum melekat sepenuhnya dalam kepala hotak saya. soalan untuk orang lain, saya boleh jawab. soalan untuk saya, saya ternganga nganga sambil menyumpah prosector di dalam hati.

cilaka apa benda susah lah soalan dia ni woi.

dan akhirnya, semua ahli kumpulan saya dapat gred B. okay lah tu. katanya pemeriksa yang itu pun memang susah nak dapat A. kecuali, dapat jawab semua betul dengan laju dan perfecto. mana ada manusia perfect. baik kau pergi examine jin ke hantu. tapi hantu pun tak perfect. okay bye merepek.

pelajar pelajar Malaysia di Royal College of Surgeons, class of 2017.

lepas tu, tentang ujian Bahasa Inggeris hari tu. saya kena masuk Language and Communication Tutorial (----read: siapa hebat dia pass, tak payah masuk kelas) maksudnya saya fail. kawan kawan saya ramai fail. out of lebih kurang 60 orang Melayu, 6 orang je yang lepas. MALAYSIA BOLEH.

weekend. hari ini hari Ahad. hari semalam hari Sabtu. hari Sabtu saya diisi dengan dakwah. tarbiyah. ewah. tapi mungkin belum cukup untuk saya jadi ustazah. wow it rhymes. LOL. dan sejak semalam, saya rasa angau dengan seorang lelaki. seorang lelaki, yang mungkin susah saya nak jumpa yang macam dia lagi. saya rasa, dia ada pakej. he got all the qualities, saya rasa. hensem ke tak, tu saya tak pasti. tapi dia hebat. dia kuasai 7 bahasa. dia tak pernah tinggal tahajud sejak dia baligh. dia pernah jagakan pemerintahan ayah dia masa dia 12 tahun. dan dia berjaya tawan satu tamadun masa umur dia baru 21 tahun. nama dia Al-Fateh. Sultan Muhammad al-Fateh.

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

saya nak cerita sikit pasal lelaki yang saya suka sangat ni. saya copy paste je dari sini. hihik.


Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


Saturday

kereta paling sesuai untuk kau ialah Perodua Vavi

gemok.
aku tak tahu nak cakap macam mana.

argh sudahlah dengan mukadimah itu. biarlah. aku pun dah tak ada mood nak cerita pasal gemok lah, krempeng lah, slim dan sebagainya. sebab itu lama-lama blog aku jadi makin hambar. bluergh!

esok aku nak keluar. dekat angsana cik maureen tunggu. pergi zoo johor ada orang-orang kuat lomonatics tunggu. ahaa. aku sangat nervous. semoga esok mereka dapat selamatkan filem CN 800 aku yang tergulung masuk habis canister. dan semoga aku yang pemalu ni dapat ramai kawan esok. dan semoga aku selamat keluar dari zoo esok. manalah tahu ada yang tak nak lepaskan aku balik kan. harharhar.

PS : kambing, kereta paling sesuai untuk kau ialah Perodua Vavi.

Sunday

monyet terlepas di Beijing (HAHA)

Photobucket

.sila gelak.

HAHA

sorilah. aku taktau kenape aku suke tgok gambar ni dan dia pula sgt malu dgn gambar ni. ok lah. aku dapat gambar ni lalu photo sharing kat YM. dia upload gamba ni, then dia delete balik. dia kate segan. tapi dia dah tak boleh wat ape2 lah sebab aku dah save dah pon mase dy delete tu. HAHA. terror kan aku? ohoho. comel nye gambar ni. oh ya. kata2 dia (lebih kurang caption) utk gambar ni: ada monyet terlepas. haha. aku gelak guling2. sori. haha

promot blog dia jap. orang ini boleh didapati di :

www.puduisarif.blogspot.com

Photobucketthanx.do come again.
(maaf monyet ni takde kaitan dgn post ni. ni mmg ade kat stiap post :D )