Wednesday

mimpi



Kita sama mimpi gembira. Dan kita bangun dengan rasa hampa yang sama.
Mungkin saya dan awak memang cuma mampu gembira berdua dalam mimpi.
Saya faham kenapa awak mimpikan saya. Mungkin sama kerana apa saya mimpikan awak.
Tapi hati saya yang awak pecahkan beberapa kali, dah tak mampu saya sambung-sambungkan balik. Lalu saya biarkan dia pecah bersepah.
Sebab saya tahu awak sedang pegang hati dia. Dan awak tak sanggup lepaskan hati dia untuk kutip balik serpihan hati saya yang awak pecahkan.
Jadi mungkin kita patut layankan saja mimpi gembira dan bangun dengan rasa hampa setiap hari, sampai dia tak bagi apa-apa makna lagi.
Saya tahu saya kuat seorang. Dan saya tahu awak kuat dengan dia, yang awak pilih.
Kita sama sama lari jauh-jauh dari masing-masing. Bumi ini bulat, sayang. Kalau memang jodoh, kita jumpa hujung nanti.
Tapi saya dah tak larat untuk gantungkan harapan saya pada kata jodoh. Mungkin bukan antara saya dan awak.
Simpan rasa awak. Saya simpan saya punya. Kita tengok, berapa lama. Mungkin sampai bila-bila.

2 comments:

ghost said...

sebab bumi ini bulat, ikut mana pun tetap berjodoh. kuat dengan tak kuat jer jodoh tu.

saye kerink said...

awwwwws sooo sweeettt! i mean, bukan that guy la yg sweet. ni ayat yang kau karang ni. best! best la! sedap membaca, boleh terus terbayang. wahahaha. yeahhhhhh keep on rolling run!! nanti u'll meet the Mr.PerfectGuyForZuliza jatuh kedebukk depan kau. hahaha. Kalau tak di dunia, insyaAllah akhirat kelak... ;]