Sunday

supersampler dan superun.

hari ini hari Ahad. di Malaysia, lagi 2 jam nak masuk hari Isnin. sini lagi 10 jam. sekian segmen mari mengira bersama Kak Julija.

ujian haritu, dah dapat result. teruk gila babi tahap tergolek masuk lumpur selut lepas tu tak boleh nak bangun sebab gemuk macam babi lepas tu melekat dalam selut tu makan tahi sendiri seumur hidup. bawah average kelas, dan saya rasa gagal. walaupun sebenarnya tak gagal.

saya ingat saya nak belajar hari ini. saya belajar jugak lah pagi tadi. bawah duvet. bergulung macam sushi. cuaca makin hari makin menggila dekat sini. angin kuat sampai boleh terbuka pintu garden atas bumbung. hujan yang kadang-kadang nampak macam salji tapi sebelum kita confirm dia tu salji, dia hilang. itu nama dia salji halusinasi. sejuk dia jangan cerita. suhu peti sejuk kami lagi tinggi sikit daripada suhu di luar.

kaki pun kebas-kebas.

tak ada benda nak cerita pun. saja. gedik. saya rasa sekarang Boogeyman suka kacau saya. sebab mimpi saya entah apa-apa. saya lebih rela tidur tak mimpi daripada mimpi yang bukan-bukan. mimpi gembira pun kalau boleh saya taknak, sebab itu mimpi je.

saya tak nak mimpi gembira, tapi bila buka mata. hampa.

minggu ni hari Jumaat saya ada cardsigning. atau oral anatomy test. doakan saya, memandangkan makin banyak benda belajar, makin banyak range soalan dia boleh tanya. dari tapak kaki ke peha, ke perut ke bontot. sampai ke diaphragm. ah. saya memang kena study. mana cahaya kerajinan ni. cepat cepat, bakar saya.

saya kata kalau Malaysia menang saya nak beli henpon baru. tapi seri. maknanya apa? ah. saya nak beli juga. walaupun Samsung Galaxy S4 dah nak keluar. ah. tengok lah macam mana rezeki. yang penting saya tak nak barang Apple. *tetiba*

oh by the way, ini antara gambar yang saya baru cuci. sumpah mahal gila tau, segulung 20euro. kalau convert, rm80. botak lah. sama harga dengan kamera. saya guna supersampler, tapi sebenarnya sebelum tu saya dah guna filem tu dalam smena. haa haa.

peek-a-booooooooo



siapa dapat teka apa benda ni saya belanja

menengok gambar-gambar dalam filem yang dah lama gila saya perap ni, buat saya jadi rindu. mujur tak ada gambar orang yang tak sepatutnya.

kesimpulannya, mari belajar kalau taknak mati dalam penyesalan apabila tak dapat jawab exam.

2 comments:

Ariff Masrom said...

Kerusi lipat yang diperbuat daripada kayu?

saye kerink said...

Eheheheyyy! Supersampler! Teringin nak punya satu, satu hari nanti. hahaha. Gambar2 dekat intec dulu ke? Sebab nampak bus uitm. haha.

Mahal gilaaaaaaaa cuci 1roll rm80. Anyway! Aku tak dapat teka la amenda tu. Yang aku nampak tanah, pokok kecik, rumput. Pastu yang kayu2 tu, aku taktahu amenda. haha. tempat melukis ke apa? (ada kertas putih sekali. hahaha)

All the best untuk Cardsigning tu! ;]