sejak bergelar pelajar medikal dekat negara orang ni, saya rasa macam susah je nak cari masa untuk update blog. ada awak kisah? takde kan. tak kisah sudah lah. saya saje je nak bagitau. sibuk. okay abaikan saya.
kehidupan saya baik. kesihatan sama macam dulu. kegembiraan kadang kadang ada kadang kadang tak. biasa. semua biasa. tak ada yang luar biasa.
(sebenarnya benda ni ada dalam draf untuk seminggu sebab takde masa nak update blog. sadis betul lah hoi)
sabtu, saya plan berjimba dengan kawan kawan saya. ada kawan lama ada kawan baru. saya naik bas sorang sorang nak pergi rumah kawan saya. itu kali pertama saya naik bas sorang sorang. dan akhirnya saya sesat 2km ke depan daripada bus stop yang sepatutnya saya turun. bangang. lepas tu saya menapak dalam suhu kosong darjah celcius, ikut GPS, cari rumah kawan saya. terima kasih Tuhan sebab bantu saya.
Baile Atha Cliath |
tiket wayang serupa resit. harap je mahal sampai 10.50 euro = RM42 |
lepas tu kami pergi beli tiket wayang. sementara tunggu masa, kami pergi makan kebab. lepas tu nak shopping tapi kedai tutup. gila tau tutup kedai pukul 7. semua kedai pulak tu.
oleh kerana dah takde kerja, kami pergi naik ride 4D. harga 4 euro. terjerit jerit macam budak kecik. okay lah, nampak real. tapi kat USS better sebab efek air pun ada. cuma yang best kat sini, tak payah beratur. dan murah.
8.40 malam. rise of the guardians. terkena cartoon crush. hensem dan sweet gila vavi lah Jack Frost tu. haha! okay. budak rumah saya tak bagi cerita sebab diorang belum tengok.
tadi pulak saya pergi city. shopping macam orang gila. knitted sweater batman, sweater putih, shawl, coloured skinny, handbag, gelang, cereal, kopi, susu. heaven! bayar pakai debit card je uolls sebab wallet dah kosong. kihkih. total semua lebih kurang 60 euro. convert. mampus. dua hari shopping rm240.
TADAAAA. this is life. |
post ni bosan serupa lehenet sebab saya dah takde mood nak menulis. aaaa. kena siapkan projek zine. oh by the way, saya bakal berkolaborasi sebagai satu kumpulan dengan satu group ni, keluar zine dengan diorang. nantikan!
*pengsan* |
No comments:
Post a Comment