Sunday

Mikhail.

hai semua.

kehidupan saya sekarang sama je macam dulu. atau munking lain sikit. yang penting tak banyak beza pun. sama je hidup kat mana mana. hidup kat malaysia, hidup kat dublin. yang lain cuma hidup di dunia dan di akhirat je. okay saya taknak jadi ustazah pun kat sini.

adalah orang tanya kenapa saya nampak sedih atau kenapa saya nampak macam takde mood atau kenapa saya nampak penat je sejak akhir akhir ni. jawapannya ialah, mana ada saya sedih. saya happy gila kot sekarang. awak salah tengok.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
(tengok betapa gembiranya saya sekarang.)

untuk orang orang tertentu yang ingat saya sedih, dan bersama sama sedih dengan saya (kononnya), sebenarnya saya tak sedih pun. mungkin awak juga tak sedih. mungkin tak ada siapa pun antara kita yang sedih. itu mungkin yang awak ada adakan, macam yang awak selalu buat.

sekarang saya okay. saya baru je habis anatomy oral test kali kedua semalam (jumaat). saya dapat dengan lecturer yang baik, menyebabkan peluang untuk dapat A cerah. sebab Tuhan tolong saya. Tuhan gerakkan hati lecturer tu untuk tanya benda yang saya pulun habis sebelum test bermula. banyak je kan cara Tuhan nak tolong kita, terutamanya orang yang dalam posisi baru teraniaya oleh orang lain macam saya ni. haha.

"what is this?"
"the spleen."
"what vessel is this?"
"splenic artery." (laju je saya bantai sebab itu je vessel yang saya tahu yang ada kat area situ.)
"where does this vessel come from?"
"the coeliac trunk."
"name the other vessels that come from coeliac trunk."

BAM. saya rasa nak nangis terharu sebab sebelum masuk anatomy room, berjuta kali saya ulang sebut benda yang sama. dan akhirnya saya dapat soalan tu. lalu dengan lajunya saya jawab.

"splenic artery, together with common hepatic artery and left gastric artery."

yeaaaayyyyyyyy terima kasih Tuhan, saya dapat A :')

saya ialah dalam kotak kecik yang macam cacat tu kahkah

hari ni tahap takde kerja sampai buat kerja macam orang foreveralone gila babi. lupa pulak isnin ada test 5 modules. kahkah.







mungkin sebenarnya saya sedih. mungkin tak. mungkin nanti nanti saya okay. atau mungkin sebenarnya saya dah okay pun. cuma kadang kadang rasa tu datang, tapi saya lawan. saya rasa tak adalah susah sangat nak lawan perasaan. sebab saya dah biasa. dah biasa kena. dengan orang yang sama. ulang ulang ulang ulang. hati saya pandai bosan jugak tahu.

Shayk AbdulBary kata, salah satu cara untuk naikkan rasa takut pada Tuhan ialah dengan cara mengawal kehendak kita.

dan saya teringat, kadang kadang, apa yang kita nak tu bukanlah benda yang baik untuk kita. dan kadang benda yang kita tak suka tu ialah benda yang terbaik untuk kita. dan Tuhan sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. sentiasa. yang penting kita percaya.




ahh comelnya comelnya comelnya Michael.
oh nanti kalau saya ada anak saya nak nama dia Zayn Mikhail.
okay bye.

1 comment:

saye kerink said...

Hebatttt lah!!!
Macam best je ada oral test ni. Baru la mengaummmm! haha. Eh eh, siapa budak tu ah? Anak mana jadi penpal kau? Send my regards to him! haha ;]