Tuesday

cerkon: pulangkan superpower saya. saya tak mahu jadi manusia normal yang ada hati.

halo kawan kawan yang semakin kurang.

terima kasih sebab masih ada dengan saya walaupun makin lama saya makin tua dan makin mengada ngada. terima kasih sebab masih ada dengan saya waktu orang lain semua lari dari saya. terima kasih kerana masih mahu baca, walaupun baca tak semestinya bermaksud ambil berat.

saya sedang dalam fasa sedih teramat sampai rasa macam nak jadi pembantu malaikat pencabut nyawa. cabut nyawa orang tertentu, atau kalau tak mampu, cabut nyawa sendiri.

baru dua hari tanpa nasi, mungkin boleh tambah hari lagi. dua hari bersama koktel ubat, mungkin boleh ambil banyak lagi selepas berjumpa doktor nanti. ah. hidup yang sama dari dulu. bosan kadang kadang.

jangan cabar saya buat apa yang saya tak pernah buat.
sebab selalunya saya akan buat apa yang saya tak pernah buat.

dan bila saya buat apa yang awak cabar saya buat, jangan marah.
jangan tanya kenapa.
jangan kata saya sengaja.

mungkin saya tak sekuat oang lain yang boleh tersenyum masa mati bapa.
mungkin saya tak sekuat orang yang boleh ketawa bila dia kalah.

saya pernah sekuat tu, tapi bukan sekarang.

terima kasih untuk awak yang pernah ambil kekuatan saya
dan buat saya jadi manusia.

pulangkan superpower saya.
saya tak mahu jadi manusia normal yang ada hati.

2 comments:

panda montel said...

OMAIGAD.. what happen pal?

saye kerink said...

SUPERPOWERRRRRRRRRR!
beepbeepbeepbeepbeep (aksi ala-ala ultraman)

DENGAN kuasa bulan, akan membantu mu!! (Sailormoon pula berkata-kata)