Sunday

Travel Log Ais Ais Kacang #4 : ujian(s) dan Malaysia boleh

the problem is
we will never feel thankful for what we have.

Jumaat lepas, raya haji. dan Jumaat lepas juga, saya ada exam card signing. iaitu, peperiksaan oral anatomi. dia bagi tulang, cerita. cerita semua pasal tulang, tendons, joint, muscle attachments, functions dan masalah masalah klinikal yang memang belum melekat sepenuhnya dalam kepala hotak saya. soalan untuk orang lain, saya boleh jawab. soalan untuk saya, saya ternganga nganga sambil menyumpah prosector di dalam hati.

cilaka apa benda susah lah soalan dia ni woi.

dan akhirnya, semua ahli kumpulan saya dapat gred B. okay lah tu. katanya pemeriksa yang itu pun memang susah nak dapat A. kecuali, dapat jawab semua betul dengan laju dan perfecto. mana ada manusia perfect. baik kau pergi examine jin ke hantu. tapi hantu pun tak perfect. okay bye merepek.

pelajar pelajar Malaysia di Royal College of Surgeons, class of 2017.

lepas tu, tentang ujian Bahasa Inggeris hari tu. saya kena masuk Language and Communication Tutorial (----read: siapa hebat dia pass, tak payah masuk kelas) maksudnya saya fail. kawan kawan saya ramai fail. out of lebih kurang 60 orang Melayu, 6 orang je yang lepas. MALAYSIA BOLEH.

weekend. hari ini hari Ahad. hari semalam hari Sabtu. hari Sabtu saya diisi dengan dakwah. tarbiyah. ewah. tapi mungkin belum cukup untuk saya jadi ustazah. wow it rhymes. LOL. dan sejak semalam, saya rasa angau dengan seorang lelaki. seorang lelaki, yang mungkin susah saya nak jumpa yang macam dia lagi. saya rasa, dia ada pakej. he got all the qualities, saya rasa. hensem ke tak, tu saya tak pasti. tapi dia hebat. dia kuasai 7 bahasa. dia tak pernah tinggal tahajud sejak dia baligh. dia pernah jagakan pemerintahan ayah dia masa dia 12 tahun. dan dia berjaya tawan satu tamadun masa umur dia baru 21 tahun. nama dia Al-Fateh. Sultan Muhammad al-Fateh.

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

saya nak cerita sikit pasal lelaki yang saya suka sangat ni. saya copy paste je dari sini. hihik.


Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


3 comments:

Unknown said...

baaa~ CAK!!

cilaka.. cilaka.. igt kn laki.. pompan rupenye... hahaha

Yana said...

macam best je card signing tu. hahaha. okla tu dapat B untuk first time. lepas ni A la pulak

.::TAIKO ::. said...

sejuk hati mak..