Friday

Travel Log Ais Ais Kacang #3

hai semua kawan saya yang jauh atau pun dekat. jauh di mata tapi dekat di hati. atau jauh di mata serta hati. dan whatever.

hari ini saya mendapat pengalaman baru iaitu pengsan ketika prosector atau demonstrator sibuk bercakap=cakap. saya pun tak pasti sama apa sebab saya boleh terpengsan. dan saya terpengsan dalam posisi pelik iaitu seperti merukuk dalam solat, dan tidak terbaring terus. nampak tak betapa berimannya saya walaupun dalam keadaan separuh sedar.

saya pun tak tahu apa yang saya bebelkan pada prosector dan ahli kumpulan saya ketika saya kurang sedar tu. harapnya semua benda baik dan takde terkeluar bahasa bukan bukan. ataupun terkeluar Bahasa Melayu. sebab bukan diorang faham. ah. saya tak ingat langsung apa yang saya bebelkan tadi. yang saya ingat, saya dibawa pergi lecture theatre sebelah anatomy room, duduk. dan orang yang membawa saya keluar macam tu je. saya rasa saya ada macam berdebat dengan seseorang yang suruh saya balik rumah. tapi saya tak ingat. harapnya saya berdebat dengan baik. kahkah.

dapatlah saya menjamah sekeping biskut dan secawan air sejuk. padahal saya terpengsan, bukan sebab tak makan. padahal saya dah makan banyak kot.

okay tadi tu macam bodoh sikit. mari beralih ke cerita yang sikit serius.

hari ini hari Jumaat. bulan Zulhijjah. ah. kalau dicakap pasal amalan, nanti macam tak ikhlas pula. baiklah. yang penting, saya nak buat benda lain, selain berpuasa. tapi. entah. rasa macam tak berjaya je tadi. rasa nak nangis.

semalam, saya shopping macam orang gila. beli baju tidur, cadar, sarung duvet, fail, highlighter. ah banyak! sampai saya terpaksa mengendong semua beg macam bawa bayi. dan ini hasil paling membanggakan --- baju tidur one piece gambar rabbit.

dan sekarang, saya rasa pening gila. macam. tadi. tapi. okay sikit. terima kasih kepada keluarga saya yang risau sangat tengok saya pakai baju rabbit semalam. brr.

tengok apa abang saya buat kat facebook. argh.

budak ni bising gila sekarang. rindu nyewww.
by the way, mana mak dan kakak saya yang kata nak skype tadi ni :(

2 comments:

saye kerink said...

Hahahahah comelnyaaa baju rebbit kauu!

Yana said...

comel sehhh. haha. nak satu jugak :)

btw, asal kau pengsan?