Thursday

"apasal lambat sangat fly? tak lepas ka? anak makcik dah fly lama" pui.

disebabkan kawan saya buat post macam ni untuk menjawab persoalan-persoalan, saya pun nak buat jugak lah. okay. untuk sesiapa yang ada soalan macam ni, ini lah jawapannya.



bila nak fly?
most probably 22nd september. tak pun, 29th. sebab orientation bakal start 1 oktober nanti. depends kat JPA sebab JPA yang uruskan pembelian tiket.


pergi mana?
Ireland, Dublin, Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI). in shaa Allah kat sana nanti saya duduk serumah dengan pelajar-pelajar perempuan Muslim Malaysia.


buat kos apa?
medikal / perubatan.


sebelum fly haritu study mana?
intec shah alam, A-Level Medicine. dua tahun.


apahal lambat no fly? tak pass ke apabenda?
tak, makcik. A-Level memang dua tahun. IELTS, interview, exam semua kitorang dah lepas. in shaa Allah, kalau takde aral melintang, ke Dublin lah kami ni.


berapa lama kat sana?
in shaa Allah 2.5 years. lagi 2.5 years sambung kat Penang Medical College. twinning programme. jimat duit.


apasal anak makcik tu cepat je fly?
dia negara mana. kos apa. tak sama. kami A-Level. memang dua tahun. kalau makcik nak yang lama lagi, boleh tanya kekawan saya yang A-Level German. dua tahun setengah termasuk bahasa.


oh rugilah kan?
tak ada yang rugi nya makcik. anak makcik lagi rugi sebab kekecik belum reti lap hingus sendiri dah kena tinggalkan family. lama pulak tu sebab full.makcik suka lah eh anak makcik tinggalkan makcik lelama? huahua. lagipun makcik, bila lelama kat negara orang ni, kang ada yang lupa daratan kang. balik Malaysia nanti dah "oppa oppa oppa" je. HAHA.



di sini sukacitanya saya tepekkan beberapa gambar di mana saya bakal menjadi pelajar kedoktoran nanti *teary eyes* doakan kami berjaya pulang menyambung pelajaran di PMC selepas tamat praklinikal di Ireland nanti dan seterusnya jadi doktor doktor yang baik. terima kasih!



ps: soalan-soalan di atas adalah soalan benar. cuma jawapan saya baru tulis kat sini sebab nak menjaga tatasusila masa bercakap dengan orang tua yang suka membanding-bandingkan padahal tak tahu apa yang dia tahu tu memang lain betul dengan apa yang dia tak tahu.

moral of the story, stop judging others, if you don't really know what they have gone through. we live our own life, and others' wont be the same as yours. yours, maybe easier at this moment, but who knows what will come in the future? stop babbling, madam. if God will, we will become a doctor, please, i beg you, don't talk bad about me and my course, because one fine day, you'll need us - future doctors.

thank you.

pps: untuk yang bertanya dari haritu. alhamdulillah, i got straight A's for A-Level :')

1 comment:

Cik Fatin said...

congratz.good luck kt tmpat baru and semoga jadi doc yg berjaya.I-Allah :)