Friday

nak nasihat orang macam ni ke?

hello. this will be the second post for today. who cares? okay saya nak menulis bahasa Melayu.

"people change." ayat ni saya selalu sangat dengar dari mulut-mulut orang. betul, saya mengaku yang saya sendiri pun sudah banyak berubah. saya harap saya dah lakukan perubahan yang baik dan akan terus berubah menjadi baik pada masa akan datang. semoga saya tidak berubah menjadi rubah pula nanti.

perubahan itu bagus juga.
tapi kalau drastik sangat, bagus ke?



situasi 1


tadi saya terbaca blog seseorang ni. seorang perempuan seusia saya. saya nampak dia dah berubah. baguslah. dari tak bertudung kepada bertudung. itu yang paling jelas lah, sebab saya nampak profile picture facebook dia sekarang ni bertudung.

mula-mula dia cerita pasal yang dia dah break up dengan ex-boyfriend dia sebab ada seorang lelaki ni tarbiyah dia. (tarbiah ke namanya, dakwah?) cakap dosa tak tutup aurat. dan berdosa bila ada hubungan haram dengan lelaki. saya baca, wah bagusnya ada orang nak dakwah macam ni.

tup tup, bawah tu macam cerita yang dia tengah couple pulak hah dengan lelaki yang dakwah dia tu.

saya rasa, sama je. nikah je untuk menghalalkan hubungan. saya pernah terbaca, walaupun kita couple untuk bersoal jawab pasal agama, tazkirah tiap-tiap hari, couple itu sendiri memang haram kan? apa ayatnya, matlamat tak menghalalkan cara. faham? matlamatnya, nak menarik orang tu ke arah lebih baik (bertudung) tapi dengan cara couple dengan dia?


situasi 2


anda baru saja mula berubah kepada arah yang lebih baik. lepas tu anda mengutuk orang yang tak sebaik awak? saya rasa, tak salah nak nasihat. taapi ada caranya kan? tak perlu kutuk, tulis macam-macam kat blog. siap dengan berzikir bagai, istighfar untuk menyatakan yang anda sangat tak suka dengan orang tu. ahaa.

memang lah berzikir tu bagus. tapi saya rasa macam ada yang tak kena lah. saya tak tahu nak terangkan macam mana. ah. fikirlah sendiri.

lepas tu, anda mula menasihat orang. nasihat, kalau berguna tak apalah. kalau kena nadanya, baguslah. tapi ni awak nasihat macam awak orang yang paling betul dalam dunia? anda tak rasa ke orang tu menyampah dengan awak? awak tak rasa ke bila orang tak puas hati dengan awak tu, awak dapat keburukan juga? dosa sesama manusia ni orang kata, payah sikit.

ha, macam mana tu?


situasi 3


awak dah cukup umur 21 tahun. awak dah layak mengundi. setiap status awak pasal pilihanraya umum, politik dan isu negara. isu yang awak ketengahkan semua bukan yang ada dalam TV3 dan akhbar seperti berita harian, dengan alasan, media tu tak boleh percaya. status awak semua pasal politikus yang tak dipercayai. asal orang tu bukan orang parti yang awak sokong, orang tu tak boleh percaya.

semua benda awak nak politikkan. dan bila awak politikkan agama, saya tak boleh terima tu.

Islam. perkataan salam. maksudnya sejahtera kan. awak tak rasa ke bila buat status-status macam tu, kesejahteraan berkurang, sebab orang pihak lagi satu taknak berdiam diri? agak-agak, nanti dalam kubur ada ke ditanya awak pangkah parti mana? siapa nama presiden awak?

tentang isu ptptn. tadi saya terbaca, ada page dekat facebook minta nama penuh dan institusi. kononnya bila kerajaan dah bertukar tangan, kalau diorang bagi free education, nama-nama ni akan diasingkan dan takkan dibagi percuma. saya rasa benda ni bodoh sikit.

awak confirm ke mereka boleh bagi awak free education sampai awak nak sebarkan benda tu? fan page awak, setahu saya untuk benda-benda kelakar sebelum ni. nak berpolitik juga? ikut awak lah.

awak kata awak perjuangkan tu atas nama agama. agama awak ajar ke, bila dah pinjam, tak mahu bayar? dah guna ptptn taknak bayar? lepas tu, rajin betul awak pergi research semua hutang negara. sampai 70 awak list kan.

saya dengar, kalau dapat keputusan gempak, ptptn akan ditukar jadi biasiswa. daripada awak google pasal hutang negara (google pun entah betul ke tak), lebih baik awak study sampai ptptn tu jadi biasiswa. tak payah awak penat-penat nak minta dimansuhkan. kan?




grow up lah kawan-kawan. kita dah besar. (:

3 comments:

Azhar Ibrahim said...

Astaga.

Apa ke bangang budak² tu? Jom saya berpuak dengan awak, kita buat FB page anti budak².

Ya Allah, Kau bukakanlah hati budak² tu.....

mirmashi94 said...

setuju . hehe . masehh ye . sebab entry nie macam satu peringatan , bile nak nasihat , tone ngan susunan ayat kena jaga . hehe :D

p/s : yepp . mmg susah nak let go sumone yang kita sayang , sumone yang dah lama ngan kite , sumone yang dh jadi a part of hidup kite . lama-lama akan jadi biasa , insyaAllah . time will heal the wound :)

Prince of Noob said...

itulah apa lah perempuan yg tulis blog tu kan... jom couple muahhahaha - noob