Wednesday

cerkon : hati dipotong dadu

hai.

lama rasanya saya tak meng-update blog ni. ala kalau saya update pun bukan ada orang baca kan? ha ha. mari sini saya cerita sikit untuk anda anda yg bertuah yg membaca post ini.

sejak belakangan ini saya dilanda kemurungan yang teruk. ini semua gara-gara saya menanti sesuatu yang tak mungkin terjadi. seperti menunggu kucing bertanduk dan musang berjanggut. walaupun saya tahu bahawa semua itu tidak mungkin terjadi, saya masih menunggu macam orang bodoh. dan akhirnya memakan diri saya sendiri terutamanya di bahagian hati dan otak.

hari itu saya tertelan sepapan ubat selesema dengan papan-papannya sekali dan sebotol ubat batuk dengan botol nya sekali. keesokan harinya saya telah bertukar menjadi Edward Cullen dan bersinar apabila terkena matahari pagi. pada sebelah petangnya pula secara tiba-tiba apa yang saya tunggu-tunggu selama ini muncul dan mengajak saya keluar makan. maka saya pergi keluar makan. saya terus bertukar dari Edward Cullen menjadi Jacob Black. Jacob Black itu walaupun sudah tahu bahawa Bella sudah ada Edward Cullen tetapi dia hendak juga mengurat Bella.

bila malam saya lebih cenderung menjadi Keluangman. kadang-kadang menjadi toyol. setiap malam saya kepanasan sehingga tak boleh tidur. tapi kadang-kala bila saya tak boleh tidur, saya pergi menuju Tuhan sebentar untuk minta ketenangan. itu pun, selepas puas kuku saya mencakar-cakar tanpa sengaja di bahagian muka dan tangan sendiri. selepas berjumpa Tuhan, saya biarkan dulu lebihan-lebihan butir masin kering dari atas muka. kemudian saya merenung masa lampau sehingga akhirnya saya tertidur.

setiap pagi saya akan bangun bersama satu luka baru. bila ditanya oleh rakan-rakan, saya katakan saya ada penyakit pelik iaitu saya akan bertukar menjadi Wolverine apabila saya tidur malam. oleh sebab itu mata saya juga akan lebam dan bengkak setiap hari kerana tak cukup tidur.

sebenarnya saya mengalami benda-benda pelik ini sejak saya menyedari bahawa hati saya telah diambil oleh seseorang. dia paksa saya beri kebenaran pada dia untuk menyimpan hati saya, jadi saya benarkan. tiba-tiba, saya rasa hati saya telah dipotong dadu menggunakan pisau tumpul sehingga tidak dapat dilihat bentuk dadu, tetapi hancur.

dan orang yang dulu mahu simpan hati saya, saya lihat dia sedang simpan hati lain yang dia belum sempat potong-potong dadu lagi.

3 comments:

dindingkosong said...

fuhhh~

cik bulan said...

edward kulen-wolverine-hati dadu??

ahahaha

aku dah terbiasa baca gaya bahasa kau yg ganas nyah..bile kau guna saya, aku rasa cam skem2 n pelikss..

-aku delete-

manggosteen said...

dipotong dadu diratah mentah.