***
gua tak tahu apa masalah sistem bas dekat semenanjung Malaysia dengan gua. hari jumaat lepas, gua naik bas yang selalunya berhenti dekat stesen bas hometown gua. sekali tetiba bas tu tak berhenti. lalu gua terlajak sampai ke stesen bas bandar kecil selepas hometown gua. tak memasal gua kena patah balik naik bas dari kompani yang sama (bukan ceput ekspres dalam hal ini) alang-alang dah sampai ke stesen bas tu, gua pun belilah tiket balik ke tempat belajar gua dulu. senang nanti tak payah beli lagi.
hari ini, seperti dijanjikan, gua kena naik bas ceput ekspres untuk balik ke kolej tempat gua mengaji. bas pukul 10. oleh sebab tadi pagi hujan gua dengan syioknya terbangun pukul 9. mak gua relax je dia kata, kalau naik bas ceput ekspres lambat sikit tak apa. sebab dia ceput. ahaa. tak adalah, sebenarnya ayat kedua tu gua reka sendiri.
gua punya tempat duduk kena rembat dengan mat bangla. sebelah dia pulak mat indon. gua pun selamba jelah duduk tempat lain yang lebih kondusif. maklum jelah masa hujan, dalam bas pun berhujan. ketika menaiki bas gua dah kira-kira, dalam 5 jam sampai lah kot. dalam pukul 3 macam itu. gua jeling sikit dekat senarai destinasi. amboi. nampak macam semua stesen dia nak berhenti hah. tapi gua relax lagi time tu.
seperti dijangka, 3 stesen ada kat johor dalam perjalanan, 3 stesen tu lah bas ceput ekspres tu berhenti. paling tak boleh blah masa dia berhenti kat tangkak. amboi mak bukan main lama lagi. lepas tu paksa aku blah duduk kat kerusi ikut nombor kat tiket. gua pun dengan buat muka kasihan gua cakap lah ada bangla sudah rembat sama gua punya tempat. lepas tu dia halau bangla tu pergi duduk tempat ikut nombor tiket dia. terpaksalah gua duduk sebelah indon. apa? nak cakap gua racist ke apa? gua tak racist bai. gua cuma tak berminat sangat nak duduk sebelah pendatang yang berbeza jantina dengan gua. lu faham-faham lah kenapa. gua comel bai. ahaa.
itu belum cukup sial lagi. dalam perjalanan tu si indon tu kakinya sibuk nak terlanggar-langgar kaki aku. aku yang sedia panas pandang muka indon tu. cepat-cepat dia tarik kaki dia. eh babi betul. apahal kau mengangkang besar sangat sampai nak terkena kaki aku? bodoh.
semakin jauh perjalanan semakin bertambah bala. tetiba air jatuh menitik dari air cond tempat gua duduk. tapi nasib gua baik sikit sebab air tu banyak jatuh ke arah indon tu. kahkah. padan muka kau. gua relax jelah sebab gua tak terluak pun dengan air air cond tu.
seperti dijangka dekat seremban pun ceput ekspres ni berhenti. gua makin panas. tambah lagi dengan kereta-kereta yang dipandu ikut hawa nafsu kat atas jalan tu. bas ni pun satu, boleh pula mengangkang kat atas line, block jalan orang. entah apa-apa. dalam hati aku dah tertanya-tanya apa celaka lah bas yang aku naik hari ini.
lepas enam jam gua rasa, dah masuk lah daerah tempat gua belajar. gua memang dah mendidih dekat dalam ni. oleh sebab gua puasa gua tahan je carutan terus menerus dalam hati. tapi entah syaitan apa yang rasuk gua, gua rasa syaitan tak ada bulan puasa ni. gua lari turun dari bas. gua pegang side mirror bas ceput ekspres lepas tu pusing dua tiga kali kat udara. lepas tu gua letak ceput ekspres balik dalam keadaan mengiring.
lepas itu gua menapak balik kolej.
*****
kepada orang-orang yang menguruskan bas CEPUT ekspres ni, gua memang bercadang nak buat aduan. nanti. tunggu gua kasi emel sama lu orang. bersedia untuk dapat emel dari alamat emel yang ada nama zafuan. chiow.
1 comment:
hahahhaha. ape laa naseb ko penumpang bus ceput.
Post a Comment