Tuesday

hello, again.

okay so last post was on 5th december, last year. *tiup habuk*

hai semua orang. apa habaq? haa jangan tak tahu saya sekarang dah jadi orang Penang. gitchew. diorang kata orang Penang ni keistimewaan dia boleh bawak kereta sambil somersault. so, selepas lebih setahun duduk kat Penang ni, saya dah berjaya bawa kereta sambil berangan lepas tu langgar dinding, langgar divider, langgar tembok. nasib tak langgar orang je lagi. whew.

jadi.

semua benda pun dah lain, kot?

entahlah. sajaaaa nak mula semula menulis di blog ni. bebel bebel macam dulu. sebab apa? sebab saya rasa ini ialah terapi yang bagus untuk menghilangkan stress dan melepaskan apa yang terbuku di dada gitchew.

so apa je yang dah berubah?

first of all. berat badan. biasalah noooohhhh duduk penang ni haa. untuk pengetahuan semua, sekarang saya obese. hihi.

perubahan kawan-kawan tu, tak sangat kot. masih ada lagi circle yang dulu-dulu. cuma circle of friends makin kecil kot. tapi itu benda biasa, bila meningkat dewasa orang kata. lagipun ramai yang dah kahwin kan so ha pi lah berkawan dengan laki engko tu huhhh.

status masih belum bertukar sepenuhnya. masih lagi belum berkahwin. tapi sedang berusaha ke arah itu. wah gitchew. jadi engkorang tolong lah doakan yang baik-baik sahaja ya. tentang status doktor pula, in shaa Allah, tahun depan habislah belajar. yang ini, engkorang kena doakan lagi kuat. takbeer!

okay lah itu je bye.

2 comments:

si ngokngek said...

menulis blog mcm terapi tu setuju..okey cepat2 la akad nikah.nnti bnyk2 up gambaq selfie dgn husband..hekhekk

run aziluz said...

2 tahun kemudian baru terasa nak bukak blog balik. Alhamdulillah dah ada 1 baby wkwkwkk