Saturday

umur 23 tahun dan masih pemalas.

hello!

ini ialah pos kedua yang saya tulis di Penang, selepas 9 bulan di sini. nampak tak betapa sibuknya kehidupan saya sebagai pelajar tahun empat perubatan? peh dah tahun empat! rasanya baru semalam saya mogok taknak makan malam sebab kena paksa ambil bidang perubatan. ning nong ning nong dah empat tahun dah saya belajar. maknanya, ada lagi setahun lebih (dekat 2 tahun) untuk saya bertunggang tunggek dengan buku sebelum akhirnya bekerja. yeay!

masalahnya, bertunggang tunggek dengan buku kah saya?

semestinya tidak. mungkin saya memang dilahirkan dengan congenital laziness, progressively worsens with age. dulu, masa UPSR esok nak exam, malam tu saya melepek tepi radio dengar lagu-lagu Ruffedge. masa PMR, saya melepek atas katil sebab mogok sebab setiap malam mami sorokkan henpon dengan harapan saya akan pi belajar (dan saya tak belajar pun haha). masa SPM, petang ni nak exam paper 3 fizik, tengah hari tu saya baru buka buku rujukan, sambil pakai seluar tidur atas katil. bila masuk A-level, semua orang kata awak tak boleh malas. awak kena study. jadi saya study sikit-sikit, tapi masih malas. bila masuk RCSI, semua orang kata saya akan gagal kalau saya terus malas. tapi saya masih malas.

masalahnya, masa yang saya kata saya malas tu, saya masih ada juga tulis nota. maknanya, rajin lah tu! sekarang ni lagi teruk malasnya tahu tak?!

mungkin sekarang ni otak saya cuma bersedia nak jadi ibu berkerjaya je. tapi entah macam mana nak berkerjaya kalau malas macam ni saya pun tak tahulah.

ps: doakan saya please. exam last isnin ni. T-T

No comments: