Thursday

pos pertama dari Penang selepas empat bulan untuk menunjukkan saya masih hidup

hai semorang.

selamat menyambut anniversary ke empat bulan lebih. anniversary saya tidak update blog. busy betul lah jadi pelajar perubatan ni. pagi petang siang malam asyik hadap buku dan main stetoskop aje. tak ada masa nak meronggeng langsung. kah kah. poyo habis. padahal entah ke ceruk mana-mana pulau pinang ni saya pergi.

saya masih ingat bagaimana kehidupan saya di Dublin ketika semester akhir di sana. jadi lone ranger. ke mana-mana pun berseorangan. orang lain suka pergi study di library selepas kelas, saya pula terus balik rumah untuk peluk bantal dan berselubung dengan selimut. sangat takde life. kalau ada life pun, life saya cuma di kedai-kedai barang terpakai. dan minggu terakhir di Dublin, baru reti cafe hunting dengan childhood friend. dan hari terakhir, pergi menikmati steak daging berseorangan. life waz good.

di penang ni lain pula cerita dia. keluar sampai tak reti melekat di rumah langsung. mentang-mentang ada Ryan. dan sugarbabes yang satu kepala. wah sugarbabes tau komampoo.

sudahlah. 7 haribulan ni mula exam. sambil exam, sambil ada kelas tahun empat. babe, dah tahun empat babe. rasanya baru semalam saya kurung diri sambil melolong-lolong bahawa saya taknak jadi doktor. kahkah. kelakarnya masa dulu-dulu. tapi dulu-dulu sudah habis bro. kena move on. so, tinggal lagi dua tahun in shaa Allah. semoga saya terus tabah dan lulus semua exam. aminn.

lepas dah grad bolehlah kahwin. kbye.

oh my God banyak gila rasanya nak kongsikan ke awak. tapi saya tak tahu macam mana nak put them in words. mungkin kita patut duduk minum-minum kat kedai kopi mana-mana ke.

till then, doakan saya, babes.

ps: doakan dapat cuti raya. diorang kata, biasalah, student medic. best apa beraya di perantauan. zzz.

No comments: