Monday

makwe dia yang annoying dan perangai lahabau anda

untuk memahami situasi ini, saya harap anda boleh membayangkan bahawa anda lah watak yang disebut dalam cerita ini.

poyo.

anda suka kepada seorang budak lelaki. pada suatu masa dulu, anda tak tahu yang dia ada makwe. maka anda pun bercinta lah dengan dia.

masa berlalu. anda dapat tahu bahawa dia ada makwe. dan dia tak reti nak let go makwe dia. dan pada masa sama makwe dia pun tak reti let go dia.

anda cari makwe dia. bincang apa yang patut.

anda dapat tahu dia makin rapat dengan makwe dia. siap bawa balik rumah. anda pun bengang.

lepas tu makwe dia fly pergi oversea. tetiba makwe dia cari awak sebab makwe dia kata, dia cakap yang dia dah break up dengan awak sebab dia nak teruskan hubungan dengan makwe dia. dengan bajet nya anda kata
"kalau you nak sangat lelaki tu, you ambik lah. i dah taknak dah kat dia."

sejak hari itu anda rasa makwe dia sangat annoying nak mampus.

tapi rupanya anda tak move on lagi. anda tahu je yang lelaki tu sekarang bercinta dengan makwe dia. tapi lelaki tu masih nak berkawan dengan anda. tapi anda tak reti move on.

dipendekkan cerita, satu hari anda post gambar anda dan lelaki itu di instagram. siap dengan gaya jelir lidah berdua. siap dengan caption "tetiba rindu. eh.." tak tahu lah anda sengaja ke tak, makwe lelaki tu dapat tahu lalu mereka bergaduh lagi.

lalu makwe dia stalk anda macam nak gila. lalu anda rasa annoyed sebab anda rasa makwe dia annoying gila babi sebab stalk anda.

soalannya ialah, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada berurusan dengan makwe dia yang annoying gila babi tu?

cara terbaik ialah,
jangan kacau pakwe kepada perempuan yang annoying lah.

dan kesimpulannya, perangai siapakah yang paling lahabau dalam cerita ni?

fikir-fikirkan dan selamat beramal.

2 comments:

KonspiMaker said...

Aku baca dua kali nak faham situasi.

DR NURULHUDA said...

wow! fantastic baby~ haha ^.^ go3x run run... u better run run .. ^.^