Monday

hujung minggu yang gembira.

hai kawan-kawan.

kehilangan minat terhadap apa yang kita selalu minat, rasa sedih yang selalu dan kadang kadang tak tahu sebab, rasa diri tak berguna dan lain-lain; ialah tanda-tanda tekanan. atau bahasa lainnya depression.

awak tahu tak. susah tau nak hidup puaskan hati semua orang ni. susah sangat.
lagi lagi bila apa yang orang nak, tak sama macam apa yang awak nak.

lagi lagi bila orang yang bajet bajet ahli syurga
cakap serupa awak ada cop ahli neraka atas kepala awak.

lagi lagi bila orang yang awak sangat sayang dan percaya
buat awak tak percaya pada dunia.

lagi lagi bila orang yang awak selalu cerita masalah pada dia
jadi punca masalah untuk awak pula.

susah tau hidup ni.
awak rasa tak?

saya rasa.

maka saya menghabiskan hujung minggu yang baru lepas ni, dengan bebenda yang bak kata orang macam tak ada faedah langsung. tak bawa ke syurga langsung. tapi macam mana kan. saya tak nak jadi gila dengan semua benda yang saya tak suka ni. haha.

habiskan hujung minggu dengan sibukkan diri bersama-sama sambut St. Patrick's. maklumlah. apa guna awak duduk Ireland dua tahun setengah kalau setakat nak terperap dalam rumah dah makan makanan Malaysia saja? baik awak duduk Malaysia je.

hujung minggu, mula dengan Jumaat malam. ada International Food Night. sedap gila makanan Arab. saya percaya je pak pak dan mak mak arab yang memasak kat RCSI tu guna ayam halal. kenapa awak nak persoalkan. mereka Islam juga.

habiskan masa lari dari rumah, pergi mencari ketenangan (haha). pergi funfair macam budak kecil. pergi picnic tetangah padang, tetiba hujan. pergi makan buffet. pergi tengok parade. pergi ikut latihan untuk pementasan folktales night. benda benda ni, kalau saya tak keluar rumah memang saya tak dapat.

awak expect saya duduk sini dua tahun setengah setakat duduk rumah baca buku je ke? cuba awak ada di tempat saya. tengok awak hidup lama ke tak.

saya dah rasa macam nak mati. haha.

nah. tengok lah gegambar ni lepas tu suka hati awak lah nak cop orang masuk syurga ke neraka.

orang-orang Malaysia masa International Food Night. kecuali yang over baring depan tu. itu pak Arab.

St. Patrick's kan. haruslah hijau.

picnic. funfair.

1 comment:

Unknown said...

kita sama. tekanan dengan jiwe kita yang entah ape2.