ingatkan nak buat ala-ala travel log bersiri. tapi memandangkan diri sendiri je yang nak baca, nah.
sebenarnya tak ada mood sangat nak menulis. sebab tengah demam. semput. dan sakit tekak tahap batuk kahak dah tak warna kuning. kahkah. okay sumpah geli kan.
bercuti lapan hari ke Turki, memang tak boleh nak muatkan semua cerita dalam satu post. sumpah. jumpa dengan kawan-kawan baru dari Russia dan Mesir. jumpa tour guide kelakar. jumpa pakcik kapten bas yang hensem walaupun dah tua. jumpa dua orang ustaz yang perangai lebih kurang sama. ditambah dengan suasana baru yang memang kita nak tengok sepanjang berada di Turki. menghabiskan hampir 1000euro atau RM4000 duit untuk bercuti ke Turki. this is priceless. serius. cuma kesal sikit sebab sebenarnya, hajat nak tengok banyak banyak tinggalan sejarah Uthmaniyyah. tapi dia pi bawak kita ke archaeological sites. kahkah.
balik dari Turki demam teruk sebab kat Turki cuaca dia pelik. sekejap panas. sekejap sejuk. sekejap salji. tapi matahari tetap terik. badan saya pun pening ini apabenda punya cuaca lalu dia demam. haha. lepas tu siap semput. tapi macam yang saya cakap. pergi Turki ini priceless. okay. entah. apa benda. tak faham.
cantik sangat. lagi lagi bila tengok sunset dekat Pamukkale (cotton castle). siap belajar kimia lagi. water reacts with calcium (minerals in water) to produce calcium hydroxide which is white in colour. if there's no water, then the rock will turn black or greyish. sebab jadi calcium oxide. kahkah. hebat kan.
nak tengok gambar? nak ke tak nak saya peduli apa. kahkah.
|
Grand Bazaar |
|
inside Hagia (Aya) Sophia |
|
rumah dalam batu. |
|
Blue Mosque |
|
Troy |
|
Ephesus, ancient city. |
|
Turkish ice cream. |
|
Bosphorus Cruise. |
|
salji macam gila. |
|
Ephesus. |
|
Pamukkale |
|
Pamukkale |
album penuh ada dalam laptop. bila dah demam ni nak upload gambar kat facebook pun tak ada mood.
ps: sila join penulisan untuk Sayapatah 3 sabtu ini!
1 comment:
babun.
*nada jeles*
kbai
Post a Comment