Monday

Istanbul Aku Datang

ini ialah pos yang saya schedule untuk keluar pada pukul 5 petang waktu Malaysia.

pada waktu ini, saya bukan lagi berada di bumi Ireland. pada waktu ini saya bukan juga di Malaysia. mungkin, saya bukan di atas permukaan bumi yang mana-mana pun.

kerana saya rasa, pada jam 5 petang waktu Malaysia, atau 9 pagi waktu Greenwich ini, saya agak, saya di langit sesebuah negara yang lain. atau mungkin juga, di permukaan bumi sesebuah negara, menunggu kenderaan yang lain untuk tiba ke destinasi.

penerbangan kami yang sepatutnya tadi, pukul 1 pagi Malaysia tadi, dibatalkan. dan digantikan pada jam 5.45 pagi waktu Greenwich, atau 1.45 petang waktu Malaysia. dari Dublin, transit di Frankfurt, Germany dan seterusnya ke Turki.

doakan semuanya baik-baik sahaja okay?

saya harap, saya bukan pergi kosong. saya harap, selain dapat bahan yang elok untuk projek zine, saya juga dapat timba ilmu yang bukan sekadar duniawi.





ps: jaga diri masa saya tak ada. pergilah bermain. bermain dengan semua orang yang awak suka.

1 comment:

saye kerink said...

As Salam. Waaaa mekkkk kau pergi jalan! Awesomeeeee! Dah start cuti eh? Berapa lama weh? SAY HELLO TO TURKEYY! ;p