Wednesday

Travel Log Ais Ais Kacang #8 : master chef in the making

dekat sini, setiap seorang ada satu hari dia kena masak dinner. macam saya, saya kena masak hari ini (Rabu). tapi sebab kelas saya bakal habis lambat hari ni, jadi saya bercadang masak malam tadi dan sambung pagi ni.

dah sebulan lebih dekat sini, maknanya dah ada lah dalam empat kali juga saya masak. resipi saya, macam biasalah. ayam masak kicap yang paling expert. itu pun ayam masak kicap saya tak sama dengan orang lain. ayam kicap saya manis. dan rasa macam kari. tapi dia ayam kicap. kahkah.

nasi ayam, saya baru je mula masak kat sini sebab selama ni bila mak saya masak kat rumah, saya masuk dapur, mak saya akan cakap "hah duduk jelah kat depan. tak payah tolong tak payah tolong." sebab saya kalau ada kat dapur macam menyemak je. wkwk. maka bila dah jauh ni, saya bawa lah resipi mak saya. hihik. nasi ayam dan ayam panggang mak saya punya resipi memang terbaik. tapi bila saya yang masak takdelah terbaik sangat T_T

saya pernah juga masak spaghetti yang kacang gila tu. mentang mentang masa family mentua (---read: bekas bakal mentua) saya datang rumah masa raya haritu, diorang suka spaghetti saya. tapi bila sampai sini, hmmphh hmmphh tak sedap pun saya masak spahetti.

saya sebenarnya kurang berkenan orang menyemak kat dapur bila saya tengah masak. kalau tolong tu, okay lah. tapi seriously saya rasa, saya lagi suka buat sendiri. terima kasih kepada yang tolong. lepas ni tak payah pun takpe ^_^

harini saya cadang nak masak nasi beriyani. semalam, saya rebus dalam rempah dengan harapan nak rebus sampai air dia kering. oleh kerana bil elektrik (dapur kat sini pakai elektrik) mahal, maka ada lah seorang hamba Allah ni menaikkan kekuatan api. saya tak tau pulak dia naikkan sampai maksimum.

lepas isyak, saya turun bawah. ada dua orang tengah duduk kat dapur dengan muka cuak.

"kitorang tutup api kau tau."

rupanya ayam beriyani saya sudah menjadi ayam bakar. yes. ayam bakar.
terima kasih kepada anda yang meng-transform ayam beriyani saya kepada ayam bakar.

ittew shukew angat.

dan harini, saya buat acar timun dan carrot
dengan nasi minyak yang entah resipi mana saya ikut dan ubah.


hancur harapan nak jadi master chef. alahai.



ps: saya baru tahu aktiviti lampau saya boleh diklasifikasi sebagai eating disorder. rupanya saya pernah mengalami bulimia. dan most of the time rupanya saya tergolong dalam EDNOS. (eating disorder not otherwise stated).

2 comments:

saye kerink said...

Hahahahaha ayam hancus la nih.. Mesti benggang sikit kan, tapi apa nak buat. Kun Faya Kun.. ;]

Mesti ada hikmah disebaliknya.. Dahhh sebulan dah kau dekat sana. Keep it uppp! ;]

saye kerink said...

Oh anyway!!! Uwwwww layout baruuuuuuuuu. COOL