Sunday

Travel Log Ais Ais Kacang #7 : random

hai kawan kawan. apa plan hujung minggu ni?

saya, plan saya ialah duduk rumah buat assignment atau bahasa kasarnya ASSIALMENT. ah. tak adalah sial mana. tak baik tau awak ni. assignment Health Behaviour and Society je pun. dengar macam senang. tapi untuk kami kami yang english tak berapa nak power ni agak terkial kial jugak lah.

makin ramai rupanya yang baca blog saya. mungkin saya kena tulis sopan sikit :O
tapi nanti rasa macam fake gila kot. ahaa.

hari ini saya tak nak bebel pasal fakta atau apa. cuma pasal diri saya. ah. random. random. apa saya nak cerita saya cerita lah. tak nak baca sudah ada saya kisah punggungmu sebelah. ewah. okay merepek. mentang mentang dah ngantuk.

dekat sini, memang sumpah cepat gila vavi rasa mengantuk. isyak dalam pukul 6.20 petang, lepas solat terus rasa macam nak tidur. kalau time kena bisikan syaitan tu, time solat dah menguap nguap macam singa lapar dah. ah si syaitan ni kat mana mana dia ikut. sibuk betul dia nak tarik orang ke neraka. tak baik tau. ish ish.

walaupun mungkin ada yang kata saya nampak makin baik (pui gelinya haha), yang sebenarnya saya masih run aziluz yang dulu, yang awak kenal entah sejak bila. tapi mungkin saya tengah cuba ubah diri kepada yang lebih baik, kot. bukan lah berubah secara drastiknya terus pakai purdah (walaupun saya pernah je pakai pashmina tu macam purdah sebab kat sini sejuk gila nak mati sampai hingus beku dan bibir merekah). tak saya tak macam tu. saya masih yang macam dulu, yang awak boleh tegur dan menggila dengan dia bila bila masa. tapi tolonglah faham dan tolonglah sokong saya. undilah saya. *tetiba*

apa yang saya perasan, bahasa saya makin berterabur. habislah. sudah lah english tak berapa nak betul, bahasa melayu pun nak jadi berterabur. lepas ni saya nak cakap bahasa apa? habislah habislah *tembak diri sendiri*

alang alang saya dah tak ada benda nak tulis tapi sibuk juga nak tulis, saya nak memperkenalkan satu band yang saya dah jatuh cinta gila gila dengan diorang. mereka ni dari Auckland, New Zealand. nama dia Clap Clap Riot. terima kasih kepada Adie sebab secara indirect nya meng-injek virus Clap Clap Riot kat saya. semuanya bermula bila saya gegedik masuk SoundCloud lepastu nama Adie tertera sebagai salah satu nama member saya yang ada SoundCloud. so saya pergi lah tengok dia punya favourites (sebab berdasarkan pengalaman, banyak lagu yang Adie suka mesti saya rasa saya suka). dan ini lah hasilnya - dengar lagu Clap Clap Riot sepanjang pagi petang siang malam. antara lagu yang saya nak rekemen ke awak awak semua by CCR ni ialah, Yoko Ono, Moss-Haired Girl, So You Say, Die, City Light, Everyone's Asleep dan banyak lagi. hihi. lagu Yoko Ono tu ada dalam bahasa Jepun punya versi jugak.

tolong jangan cakap pada saya
"kan lebih baik awak dengar orang mengaji atau lagu lagu nasyid"

saya memang kata saya nak jadi baik sikit dari dulu. tapi berperingkat lah. jangan cuba nak ubah saya 180 degree. saya tak boleh. saya dah pernah cuba dulu. bukan benda susah. cuma cuba pakai socks dengan handsocks je. daripada freehair terus pakai macam tu, boleh ke tahan lama? mungkin orang lain boleh tapi saya belum. saya ni lembik.

okay saya taknak bincang soal agama sangat. saya bukan hebat pun. okay lah bye saya nak tidur.

cerita kali ni bosan tahap cipan gemuk tak larat bangun dari pembaringannya kan. okay bye ada saya kisah okay bye bye bye *duckface*

ps: rindu Putera Aidil Amri yang dah reti gelak besar. wuwuwuw.
gambar tengah, muka Aidil paling legend.


1 comment:

leeYana said...

saya pun same.

susah kan nak berubah drastik? tp iA kalau ada keinginan walaupun sikit, saya dan awak boleh punye :)

hehhe. gedik nak guna saya awak dengan cik aziluz