Tuesday

Travel Log Ais Ais Kacang #6 : bulatan gembira -Galway

inibakal menjadi post paling cepat taip sepanjang hidup saya. sekarang sudah pukul 7.50 pagi GMT+0 dan kelas saya bakal mula pukul 9 pagi. maknanya kena gerak dalam pukul 8.30 pagi. maklumlah, budak baik lah katakan. hikhok.

di sini, saya ada bulatan gembira. dekat intec dulu pun sepatutnya ada, tapi saya melarikan diri kerana saya kurang gembira. saya pun tak tahu kenapa. stress agaknya. kahkah. tapi tak adalah stress mana pun. oh. mungkin waktu tu hati saya belum mahu terima bulatan seperti ini. mungkin masa tu hati saya terima bentuk empat segi atau pentagon.

bulatan gembira kami. kami menghabiskan hujung minggu ke luar Dublin. ini kali pertama untuk saya. ke tempat yang saya memang nak sangat pergi.

ingat cerita pasal dipaksa ambik medik? ya. dengan automatiknya saya tak tahu apa apa pasal medik waktu tu. yang saya tahu, siapa ambik medik pergi India. rupanya tak. saya terkejut masa memula dapat surat tawaran tertulis: Program Perubatan Berkembar PMC-IRELAND. ireland. saya selalu juga dengar pasal negara ni tapi tak pernah terfikir nak pergi.

lagi dengan exam exam di intec yang saya selalu gagal.
IELTS yang susah gila.
interview dengan orang Irish yang saya susah nak faham.
saya tak sangka saya boleh pergi sejauh ni.

Alhamdulillah.

dan benda pertama saya buat bila saya tahu saya dapat tawaran ke Ireland ialah, google pasal ireland. dan antara gambar pertama yang saya dapat ialah Cliffs of Moher.

hari pertama saya di Dublin, saya tanya. "mana cliffs tu? saya nak pergi!"
lalu saya kecewa apabila dapat tahu cliffs tu bukan di dublin, tapi dia di Galway.

dan akhirnya hujung minggu lepas, saya dan bulatan gembira saya berpeluang ke sana. ke tempat yang buat saya makin sayang pada Ireland, dan pada medikal itu sendiri.

nah. tatap. haha.

kedatangan kami disambut dengan hujan air batu


Cliffs of Moher. gambar original okayhh *duckface*


cover album saya. wkwk. kredit tu Ika.

gembira, walaupun tak berbentuk bulat


terima kasih keluarga.
kalau tak sebab saya KENA ambil medik,
saya tak sampai sini.


1 comment:

saye kerink said...

Assalamualaikum RUN!
MashaAllah... cantiknyaaaa!!!
Alhdamdulillah rezeki kan..

Weh kau! Good lah kau dah ada happy-circle.. takde la sorang-sorang dah. ;]

Teruskan maju jayaaa! Tak semua orang boleh peroleh/dipinjamkan ilmu perubatan dari The Almighty. Only the chosen one... And you are one of them. InsyaAllah.. hehe