Monday

Kenduri tidak berduri.

Hello. Kali ni saya nak cakap bahasa Melayu.

Tadi siang, kami buat kenduri akikah sempena dapat baby comel nama Putera Aidil Amri, dan sempena saya bakal menyambung pelajaran tak lama lagi. Jadinya, mestilah saya dengan aidil yang dapat paling banyak duit raya tadi, eheh.

Kawan kawan saya tak ramai sangat pun yang datang. Raisya, miralyana dan khaidir datang petang. Terharu sanggup datang dari jauh :')

Malam, afiqah hani datang sekeluarga. Berborak panjang tentang masa depan. Ah jealous betul dengan haniff sebab dia lagi muda dari saya tapi dia pun dah first year medic. Jealousssss.

Makanan, alhamdulillah habis. Memang best betul pakcik tu masak nasi dan kambing. Daging lembut dan tak bau kambing pun. Ayam masak merah mak andak pun, sedap seperti selalu. Mi rebus pun best! Air fruit punch resepi rahsia pun 3 kilogram, habis! Memang memuaskan kenduri hari ini.

Cuma sedih sikit sebab ada yang janji nak datang tapi tak datang. Janji dicapati.

Dan ini. Gambar family, termasuk aidil.
Ana dan suami, hakim, suami eka dan eka, saya.
Isteri along dan along bersama aidil, mommy.
Perfecto.


No comments: