Thursday

Travel Log Ais-Ais Kacang #1 : Irish air.

Hello kawan kawan.
Saya dah ada kat dublin. Hari ni, masuk hari ke5 kami di sini. Hihik. Okay saya nak cakap bahasa melayu je sebab lepas ni, blog, twitter dan rumah je bakal jadi tempat di mana saya boleh cakap bahasa melayu. Wuwuwu. T__T
rumah saya kat sini katanya paling cantik dan besar dalam kalangan rumah junior. Mihihi. Rumah kami 3 tingkat. Saya duduk bilik bawah sekali. Single bed.
Cuaca sini sangat sejuk. Lebih kurang dalam 8 degree celcius macam tu. Dengan angin kuat. Kekadang hujan sepanjang hari. Dekat sini mandi sehari sekali je. Haha!
Pemandangan cantik. Banyak bunga dan hijau je. Bangunan cantik. Dekat Grafton street selalu macam ada persembahan jalanan. Rasa macam kat universal studios, seriously! Bezanya, kat sini hari hari macam tu.
Harapnya semua okay, sampai habis 2 tahun setengah kat sini :)

ini london

2 comments:

A J Kwang said...

Cantiknyaaaa tempat. Belajar kat sini ke? SERONOKNYAAAAAAAAA! :D

addin dyna said...

be good! good luck! and goodgood =D