Saturday

selamat berpuasa dan kasut baru.

hello everyone. how's life? okay saya nak tulis Bahasa Melayu. kan bahasa jiwa bangsa. ewah. yang sebenarnya macam ni. saya rasa macam takde perasaan lah kalau menulis dalam bahasa asing ni. rasa macam tak sampai ke hati gitu. ewah lagi sekali.



seperti yang kita semua sudah tonton semalam, penyimpan mohor besar Raja-raja sudah mengisytiharkan puasa akan bermula siang ini. anda sudah sedia? pada pendapat saya puasa kali ni asal macam tak nampak orang eksaited sangat hah? mungkin belum lagi kot kan.

oleh kerana saya takde gambar muka sendiri yang sesuai untuk ditepek menjadi kad ucapan selamat berpuasa maka saya dengan sepantas kilat telah membuka program Paint dalam bahagian Accessories di lappy saya untuk menghasilkan ini. selamat berpuasa ya kekawan :D

sebelum puasa, saya telah perabih duit beli kasut sukan Kronos untuk menggantikan kasut sukan lama saya yang tercabut tapak dan terkoyak sikit sebanyak dua kali ketika saya di Kem Biro Tatanegara.



okay itu je. selamat berpuasa. jangan curi-curi masuk dalam tudung saji nokss!

No comments: