"eh, ini pokok taugeh kan?"lima hari kemudian, didapati bahawa pokok-pokok eksperimentasi seorang pelajar perempuan itu sudah tiada. maka rakan di sebelahnya bertanya, lalu diberitahu bahawa pokok-pokok tersebut telah dibuang berikutan sudah tamat tempoh eksperimen.
"haah. tapi kalau lama sikit dia jadi pokok kacang."
"ohh.." kata rakan sebelahnya penuh minat.
"eh, aku nak sebiji kacang hijau kau boleh?""sebiji je? nanti tak tumbuh nanti.""sebab aku nak bagi dia nama. susahlah kalau tanam banyak-banyak."setelah dipujuk, budak perempuan sebelah pelajar yang bereksperimentasi tadi pun mengambil empat biji kacang hijau kerana bimbang tidak tumbuh jika ditanam sebiji. dia memotong bahagian bawah kotak air soya nya untuk dijadikan rumah bagi kacang-kacang tadi. siap dengan kapas putih yang juga diambil oleh pelajar yang berekspirementasi tadi.
sedang dia menyusun, sebiji kacang hijau tergolek ke bawah meja. lalu dia kutip dan susun baik-baik dalam kotak tadi. diberi nama Popo, Poco, Pipo dan Pico.
sehari selepas itu, dua daripadanya bercambah. iaitu popo dan poco. dan si budak yang penuh minat terhadap kacang itu terpaksa meninggalkan pokok-pokoknya untuk tinggal ke suatu tempat. lalu diminta agar rakannya tolong menjagakan.
dua hari selepas itu dia pulang dan benda pertama dicarinya ialah anak-anak poko kacangnya. alangkah bahagia melihat semuanya tumbuh sihat. pipo yang paling pendek berbanding tiga yang lain. mungkin kerana tergolek bawah meja sebelum dia dicambahkan.
setiap pagi selepas bangun tidur si budak perempuan itu akan mengucapkan selamat pagi dan assalamualaikum kepada anak-anak pokoknya. tidak lupa dengan pesanan yang kadang-kadang mustahil benar. macam pesanan orang gila.
"tumbuh tinggi-tinggi sampai tembus awan. bawakan saya telur angsa emas."pernah suatu hari budak perempuan itu berborak dengan anak-anak pokok kacangnya.
"tak lama lagi, terpaksalah kita buang awak semua ni."
tidak semena-mena anak-anak pokok itu mencondong, seperti ingin layu. maka tidak jadilah budak perempuan itu membuang mereka pada hari tersebut.
kini sudah hampir dua minggu rasanya anak-anak pokok kacang itu ditanam di tepi tingkap. nasib baik pertumbuhannya lambat maka dapatlah si budak perempuan itu menyimpan mereka di tepi tingkap. si budak perempuan menukarkan kotak tempat tinggal anak-anak pokok kacang dengan kotak yang lebih tinggi mengikut tumbesaran anak-anak pokok kacang.
setiap malam sebelum tidur juga tidak dilupa mengucapkan selamat malam kepada anak-anak pokok kacang. harapan budak perempuan ini, untuk membawa pulang anak-anak pokok kacang ke rumah dan menanam mereka dalam tanah. tapi, cuti lama lagi. kira-kira dua minggu. bolehkah empat anak pokok itu bertahan dalam kotak soya?
nampaknya seperti tidak lama lagi, mereka terpaksa berpisah. budak perempuan sangat sedih.
No comments:
Post a Comment