macam yang saya ada post hari tu, hari Sabtu, kolej saya telah mengadakan satu program yang diberi nama The GIFT. the GIFT maksudnya "The Greatness In Fatihah." satu program yang saya kira bagus dan menyedarkan juga. rugi siapa yang tak pergi. penat je saya promo hari tu dekat anda tapi anda semua tak nak datang. pendaftaran murah je - RM5 untuk pelajar INTEC dan RM15 untuk orang luar dari INTEC. makanan disediakan pagi, tengah hari dan malam. saya sempat hadir sampai sesi ketiga je (sebelum zuhur) sebab lepas tu saya ikut kawan saya balik rumah dia.
malam tu pula saya pergi ke ceramah dekat surau dekat-dekat rumah dia. jalan kaki je. Ustaz Don Daniyal yang datang bagi ceramah pasal Maulidur Rasul. banyak pahala semua orang malam tu sebab berselawat banyak. dan yang saya dapat lihat, ramai betul perempuan yang minat ustaz tu kot sampai datang surau pun pakai make up. siap tudung merlip lagi. huehue.
Ustaz Don |
tuan rumah di kiri sekali. |
miehehehehe. |
balik dari rumah kawan saya, saya tidurrrrr :P lepas tu bangun, buat homework. okay tu jelah. bye. isnin sampai jumaat macam biasalah, saya busy. kbye.
No comments:
Post a Comment