Tuesday

It's Not Rocket Science It's About Us #2

kelas 5A tetiba senyap dan bunyik tumit keletak keletuk menggantikan bunyi jeritan monyet-monyet kelas 5A.
"waddehel is going on in here?!"
cikgu Bahasa Inggeris itu membetul-betulkan ekor selendang di bahunya. kemudian selendang atas kepalanya. ah tak guna betulkan. jambul terkeluar juga. maklumlah, fesyen ala datin gittew.
"diorang ni, cikgu. gaduh macam laki bini." jawab salah seorang dari budak perempuan yang tadi sibuk membaca buku Sejarah.
Alee menjeling budak perempuan yang tadi buka mulut kata dia bergaduh macam laki bini. nasib baik ada Cikgu Halimah. kalau tak mesti dalam perut pengawas gemuk itu pun akan diperkenalkan kertas untuh dihadam.

Cikgu Halimah yang lebih selesa dipanggil Hayley seperti minat tak minat sahaja mendengar aduan si pengawas gemuk. dia berjalan keletak keletuk sehingga ke meja guru, melabuhkan buntut, menyelak buku teks edisi untuk cikgu, kemudia mengarahkan pelajar membuka ke muka surat mana yang dia suka. pengawas gemuk diarah membaca tulisan pada muka surat tersebut disebabkan kelantangan suaranya, lebih-lebih lagi ketika mengadu tentang salahlaku pelajar.

* * *

waktu balik. masing-masing macam kambing keluar lalu pintu pagar sekolah. macam biasa, Alee balik dengan basikal. mak nya selalu berpesan untuk balik bersama Apiq kerana rumah mereka berdekatan. mak nya kenal Apiq. tapi mak nya tak tahu pula bagaimana perangai Apiq dan perangai anak daranya di sekolah.

"weh Apiq. laju nampak." tegur Alee sambil mengayuh basikal. sengaja dia melanggar tayar belakang basikal Apiq dengan tayar depannya.
"sakit perut bodoh makan kertas."

Alee ketawa mengekek. Apiq pula melajukan kayuhan dan balik ke rumah terus.
"sensitif macam perempuan siut!"

okbai takde idea.

No comments: