"POP"kapal terbang kertas mengenai seorang budak perempuan kelas 5A. seorang budak lelaki, si pembaling, ketawa mengekek sambil menekan perut. suka betul dia nampak muka perempuan itu terkejut dengan kehadiran kapal terbang kertasnya.
"sial. lagi sekali kau buat macam ni, kertas ni masuk dalam digestive system kau" kata budak perempuan tersebut. nama dia Aleesa. lagi suka dipanggil Alee.si pembaling tadi namanya Syafiq. dia selesa dipanggil Apiq. tapi ramai juga sengaja memanggilnya dengan nama Pig. ada juga menambah lagi, dengan nama Piglet. tapi dia kisah apa. panggil lah apa pun. dia percaya juga kata-kata itu doa. tapi katanya, "selagi aku masih manusia, panggil lah aku macam itu. tapi kalau sebab kau orang aku jadi babi, aku sondol kau orang semua nanti"
"wah, takut lah aku dengar. luruh wooo semua bulu aku sebab takut sangat" kata-kata Apiq disambut dengan gelak hilai tawa rakan-rakan kelas yang lelaki. yang perempuan pula ramai yang malas ambil pusing. sambil menjeling sekejap-sekejap mereka menyelah buku teks Sejarah Tingkatan 5.
Apiq kisah pula dengan ugutan Alee? dia mencampak lagi satu roket kertas. kali ini terkena tepat di atas kepala Alee kemudian jatuh di atas meja. Alee menggenggam roket kertas itu sambil tenung tajam pada Apiq. dalam matanya ada api-api kalau dia dilukis dalam komik.
kertas yang direnyuk-renyuk itu digenggam, sambil kaki melangkah deras ke arah meja Apiq. tanpa diduga sebelah tangannya memegang kepala Apiq dan sebelah tangannya lagi menekan-nekan kertas roket masuk ke dalam mulut. seluruh kelas jadi kecoh macam ada rusuhan tanpa permit. budak-budak yang sibuk baca buku Sejarah pun mula pandang-pandang sambil terlopong.
selepas semua kertas roket itu berjaya masuk ke dalam mulut Apiq, barulah Alee melepaskannya.
"terima kasih pada aku sebab masih biarkan kau hidup. selamat mencerna kertas roket bangang kau."
Apiq membetul-betulkan tali lehernya. mata berair, nak termuntah mungkin. kemudian dia bangun berdiri dengan mata terjojol-jojol dan masih berair. sambil menuding-nuding jari ke arah Alee.
"nasib baik kau perempuan. kalau jantan, aku pancung kau. gila !"
*bersambung. okbai*
2 comments:
okbai :D
wah,pandai buat novel ni..cayok2..hehehe
Post a Comment