Sunday

untuk kau yang bakal jadi kekasih dia.

http://www.bgawebsites.org/computerclass/2008-09/paigeparker/Holding-Hands.jpg

aku memang selalu berseorangan. pergi makan, pergi cuci baju, pergi berak memang jangan ceritalah. last aku berak ajak orang teman rasanya masa aku tadika. tu pun sebab masa tu aku belum reti basuh berak sendiri.

tadi aku pergi makan seorang lagi. entah kenapa sekarang ni hati aku macam keras sedikit dari dulu. aku tak nafikan, dalam sesetengah perkara aku memang masih senang tersentuh macam dulu. aku nak cakap pasal relationship aku dengan dia. aku tak kiralah dia nak bunuh aku sekalipun kalau dia tau aku tulis pasal dia lagi. suka hati aku lah. aku buat macam ni sebab dia masih hidup dalam memori aku. aku tak kisah kalau aku dah mati dalam memori dia. tak boleh halang aku buat macam ni.

bila aku seorang sekarang pergi mana-mana, macam biasa, dia sentiasa ada dalam otak aku. dari dulu sebenarnya. bezanya, dulu kalau aku seorang, dia ada dalam hati aku jadi aku gembira walaupun sorang-sorang. aku tak rasa sunyi sebab dalam hati dan fikiran aku, dia ada.

tapi sekarang bila aku sendiri-sendiri, dia ada juga dalam hati dan fikiran aku cuma aku makin rasa sakit. entah kenapa bila masa-masa macam ni entah angin jiwang dari kutub mana datang pukul kepala dan hati aku untuk ingat pada dia. tidak, aku tak menangis. cuma aku rasa sakit di dalam. aku tak tahu mana tempat aku nak curah perasaan. nanti orang kata aku jiwang dan terkejar-kejar.

sekarang aku nampak kau online tapi aku taknak tegur kau. tapi sumpah, kalau kau tegur aku, aku pasti balas.

sudah, sudah. sebenarnya aku bukan na cerita pasal kau atau apa. aku cuma nak bagi pesanan dekat orang yang bakal menggantikan tempat aku. aku tak tahu kalau orang tu baca. tapi lantaklah. mungkin pesanan ni boleh dibaca oleh semua orang yang bercita-cita untuk mengambil bekas orang. ambil bekas orang tu tak keji. sebab dia cuma bekas, faham?

kalau kau lah insan bertuah untuk gantikan tempat aku bersama dengan dia, tahniah. aku harap kau kekal lama dengan dia. jangan jadi macam aku. jangan buat apa yang dia tak suka. aku tahu, dia tak suka kena kongkong. jangan kongkong dia. biarkan dia nak kawan dengan sesiapa pun. kau tahu, kawan baik dia ramai yang berlawanan jantina. kau jangan halang dia.

kalau kau jadi kekasih dia nanti, jaga hati dia. jaga dia elok-elok. kalau dia nak melintas kau awasi dia, dan aku pasti dia akan awasi kau macam yang dia selalu buat dengan aku dulu. bila kau orang masuk panggung wayang, aku tahu dia tak berapa tahan sejuk. kalau kau ada sweater, kau bagilah dia guna. jangan jadi macam aku dulu. aku biar dia kesejukan. dia cakap "tak apa. kita tak sejuk"

dia tak ada sweater. aku ingat nak kasi dia sweater masa harijadi dia nanti, tapi tak kesampaian. dulu dia pernah cakap dia minat satu sweater dekat ROMP warna hitam dan hood dia hitam kelabu. kau belikanlah untuk dia, jangan bagi dia kesejukan lagi.

dia cantik, jangan kau hodohkan dia. dia putih, jangan kau hitamkan dia.

maaf, aku tak boleh teruskan. mungkin nanti. untuk dia, aku masih sayang dekat dia, sumpah. tapi aku cuma tak mau tunjuk je. sebab aku tahu dia dah benci aku. bukan senang kan nak terima bila kena sumpah seranah dan maki-maki. aku tahu aku salah. tapi kau salah juga sayang.

So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.
-sonnet 18, william shakespear.

selagi apa aku tulis orang baca, selagi itu kau hidup dalam jiwa aku. selagi itu aku terus ingin menulis. terima kasih sayang, sebab tinggalkan aku. at least aku ada idea untuk menulis bila jiwa aku ranap.

4 comments:

dindingkosong said...

kau taknak bangkit kembali?

whitelover said...

nice..swter ade ho0d kelabu..mcm saye punye! :)

CIk Qaseh Adriane said...

babe....sudah2 lah ranap babe...2 tahun aku ranap , x de apa aku dpt babe....jom bangkit babe, kita layak bahagia..aku x nak ada lagi gadis2 ranap mcm aku dulu....

Siti Mashitah Saidin said...

sedih...