Tuesday

mechanics biology

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada barisan hakim yang arif lagi bijaksana, bukan saja bijaksana malahan juga bijaksini, penjaga masa yang menepati masa, guru-guru, rakan-rakan dan semua stalker tak kira lelaki atau perempuan, gay atau lesbian mahupun bisexual. pada hari ini, kita akan bersama-sama mula menyembunyikan diri di bawah tempurung kelapa sekaligus memisahkan diri dari dunia luar yang penuh pancaroba.

Assalamualaikum, wassup dude? (tiru gaya anwarhadi. ekekeke)

pagi ini, 3 mei akan bakal melakar sejarah untuk semester ini sebagai hari permulaan untuk budak-budak A-Level di INTEC. esok, yang aku tahu ada exam Biology Unit 1 dan mechanics. selamat menjawab semua. aku ambil apa? kalau ikutkan hati dan jiwa dan jantung aku sepatutnya menduduki exam mechanics, mungkin. tapi disebabkan aku ialah seorang anak yang taat pada kehendak ibu bapa dan keluarga maka esok aku akan menghadap soalan Biology.

run aziluz budak rajin (sebut 40 kali) aminnnnn~

dan dengan sukacitanya dimaklumkan mungkin start hari ni aku jadi pasif sedikit kot. kalau tak pasif pun, mungkin aku akan jadi terlebih aktif daripada biasa memandangkan sudah pasti aku akan mengulas tentang soalan exam sebagaimana Hasbullah Awang mengulas perlawanan bolasepak Malaysia dan garuda gamaknya.

doakan aku lulus. aku taknak JPA tarik biasiswa aku. aku nak pergi belajar oversea. aku nak jadi doktor. aku nak jadi manusia berguna pada agama masyarakat dan negara.

sekian, terima kasih.

3 comments:

dindingkosong said...

all da best weyh...
aku lagi 1 paper...
balik nanti jadi doctor ape?
kalau doktor saket puan, aku chop siap2 masa aku beranak nanti...
hehehe

CIk Qaseh Adriane said...

gud luck syg saya yanghensem....ahahhahahahah~~

OdydOdif said...

luck