tadi petang aku tidur, selepas menjawab soalan Chemistry unit 2. ulasan untuk paper hari ini, aku rasa paper hari ini yang aku jawab dengan keyakinan yang paling tebal berbanding paper lain. sumpah! tapi yakin-yakin pun, masih ada yang aku rasa memang salah jawapan aku tu.
lantak lah.
dan aku dikejutkan dengan message tone dari handphone aku yang memang dah berkurun tak berbunyi. lagu Metric - Help I'm Alive. mesej dari Encik HM yang ingin menjual barang. katanya hendak datang. lalu aku pun bangkit, sembahyang dan keluar ke bank. aku perlukan duit untuk mendapatkan kekasih baru yang ingin di-pass oleh encik HM.
nama kekasih aku Chichi. dia berspesies Smena 8M , single lens reflex. aku excited sampai rasa mahu melompat-lompat sampai terkeluar selulit tapi aku behave baik punya tadi memandangkan Encik HM parking kat depan kolej lelaki. jatuhlah saham kalau terkeluar selulit dekat sana.
walaupun dulu Chichi gay sebab berkasih-kasihan dengan lelaki, aku tetap sayang dia. rasa cinta aku pada dia aku dapat rasakan kali pertama aku sentuh dia. walaupun aku macam takut-takut nak sentuh, sebab dia hensem. pakai baju lagi. baju biru dan jaket kulit.
ok lah. silalah mencuci mata melihat body kekasih baru aku ini.
PS : cinta hati updated.
3 comments:
Catik body kekasih baru ko tuu .. :)
cici tu laki pompuan?
haha.aku pon jatuh cinta.
hoh..aku jeles..bg aku satu..
Post a Comment