Showing posts with label tag and awards. Show all posts
Showing posts with label tag and awards. Show all posts

Friday

Of new niece, Malaysian Night and so on.

hello guys.

dah lama rasanya tak menulis kat sini. maklumlah, sesejak kelas dekat hospital ni, pagi-pagi sebelum terang dah naik bas. malam, lepas gelap baru balik rumah. busy habis! weekend pula masa untuk qadha' tidur. lewls. jadi banyak rasanya benda tak sempat tulis untuk tatapan sendiri di masa akan datang.

pertama, semester baru. busy busy busy. subjek macam susah :( too many bacteria and microorganism names i can't remember all these oh my god my head gonna explode soon please help me alamak macam mana nak jadi doktor ni baru second year dah stress gilababs!

student card sampai 2017. sakai betul ambil gambar tak buka beg sebelah hahahahahahaharoms.


kedua, haritu pergi ke University College Dublin, acah-acah jadi delegasi from Royal College of Surgeons untuk attend UCD punya Malaysian Night. makanan malaysia, i love love love! starter makan roti canai dengan kari. main course ialah nasi putih, dengan honey roasted duck, gulai kambing dan sayur campur. dessert pula pisang goreng dengan ais krim dan chocolate sauce. sedap gila! dan tengok teater P. Ramlee. my ex-collegemate encik Mujahid yang juga anggota band Monalyssa jadi main actor youalls. lepas tu menang lucky draw! rasa retis sekejap bila Julia, anak Ziela Jalil (saje je nak bagitau Julia sama kolej dengan kita hahaks) yang berlakon Ariana Rose tu tanya kita siapa bagi jam tu hihihiks padahal lucky draw je.

retis(es) of the night

tak rugi bayar tiket, dapat hadiah. hewhew.

balik dari UCD, pergi makan-makan lagi dekat Wok In, makan mi dalam kotak guna chop stick. tempat lunch favourite masa study first year kat RCSI. lepas tu makan cheesecake. sedap gila sampai rasa nak terbang. tapi gambar semua kat henpon malas nak transfer hihihi.

ketiga, dapat anak sedara baru pagi ni. nama dia Damia Arissa. kuat nangis! on on skype je dengar suara dia. lahir-lahir dah ada gigi macam Auntie Yunyun dia ni. tapi dia lagi power sebab ada dua batang. comel. muka macam grandma dia. hihi.
mesej pagi-pagi terus buat rasa rindu nak balik Malaysia tengok anak-anak buah. :(


okay maaf dengan pos yang syok sendiri. lantak noks.

PS: tengah berusaha siapkan zine pertama Buku Jalanan Ireland ni. hahahahah pengshan.

Wednesday

#RMSarawak13 : Relief Mission Sarawak 2013. Help Us to Help Them. [sticky post]





Relief Mission Sarawak 2013 is a humanitarian project organised by the Islamic Medical Association (IMAM). This project will be carried out in Sarawak by 42 voluntary recruits consisting of Malaysian medical students from Ireland, United Kingdom and Malaysia.

The following are details of the chosen location:-

Location: Kg. Sri Menanti, Serian, Sarawak
No. of villagers: 268
No. of houses: 46

Various activities have been planned out and these include circumcision, a mobile clinic, a health talk and motivational programme for students.

In order to make this project a success, the RMS ’13 team hope to receive monetary support from the community. Donations will be utilised to benefit the community in Kg Sri Menanti and we hope that you will assist us in our humble cause.

Should you like to make a contribution, the details are as follows:
-----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt,

Relief Mission Sarawak 2013 (RMS 13) ialah sebuah misi kemanusiaan anjuran Islamic Medical Association Malaysia (IMAM) yang dilaksanakan di Sarawak, Malaysia. RMS 13 disertai 42 orang mahasiswa perubatan Malaysia yang menuntut di Ireland, United Kingdom, dan Malaysia.

Berikut adalah butiran mengenai lokasi pelaksanaan RMS13:

Tempat : Kg Sri Menanti, Serian, Sarawak
Jumlah penduduk : 268
Bilangan rumah : 46

Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah majlis berkhatan (Sunathon), Klinik Bergerak, ceramah kesihatan dan program motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan berkenaan. Oleh itu, pihak RMS 13 amat berharap agar saudara dan saudari sekalian dapat memberikan sumbangan yang berbentuk wang seikhlas hati kepada pihak kami untuk merealisasikan projek ini.

Bagi saudara dan saudari yang ingin menyumbang, bolehlah berurusan dengan wakil-wakil RMS 13 di mana-mana negara yang tertera di bawah. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun akaun bank berikut:

-----------------------------------------------------------------------------------
1. Ireland
Name : Eva Nuraizureen Mohd Yusoff
Bank : AIB bank
Sort code : 931012
Acc no : 30328209
Ref : RMS 13

2. United Kingdom
Name : Muhammad Hazwan Hashim
Sort code : 403518
Acc no : 04593464
Ref : RMS 13

3. Malaysia
Name : Eva Nuraizureen Mohd Yusof
Bank : CIMB Bank
Acc no : 14420080241523
Ref : RMS 13

4. India
Rujuk Muhammad Hafizuddin AbdulHalim

5. New Zealand
Name : Nur Aishah Ahmad Kamal
Bank: ANZ Bank
Acc No : 06-0103-0336324-01
Ref : RMS 13

6. Paypal
Email : evayusoff@gmail.com

Sumbangan ikhlas anda amat kami hargai dalam usaha untuk membantu saudara-saudara kita di Kampung Sri Menanti, Serian, Sarawak.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mana-mana wakil kami dalam event page ini.

(klik di sini)

teaser:

Sunday

an emotional post for a mom.



i don't always do this, but when i do, i don't care about how many lecture notes i need to read now for the upcoming examination.

it's true that everyday is mother day. but how many day in the year you truly express your love for your mother, especially when you're far away from her?

you may be the best child in the world who could hug and kiss your mother everyday since birth, but i'm different from you. i wasn't born in a really expressive family so it's quite rare for us to say that we love each other. even if we did, we would go like "eh ni dah kenapa? geli je hahahahaha"

her name is Nor Asiah. she's my first teacher. she's also my teacher when i was six, as she's teaching in a kindergarten in my hometown. she has five children and three of them have got married. she doesn't like to express her feeling; but yet i know she loves us with all of her heart. i can tell by looking back to what we've gone through together.

i know, raising five stubborn children alone is really a hard work; but she managed to do it. she is the toughest lady i've ever knew in my whole life.

i may not be the best daughter to a really wonderful mother like her, but i really love her. yes, i do. i just don't get the chance to tell her everyday.

oh my God i could go emotional if i continue to write about my mother.




I love you mommy :)
your daughter,
Nur Zuliza.

Saturday

randomly kurang ajar.

helo kawan-kawan.

mula-mula boleh bagi salam, masuk blog ni slow-slow. tiup habuk-habuk. buang sawang-sawang. dah lama sangat tak update ni. sunyi macam rasa kat kuburan. ewah hiperbola.

beberapa benda saya nak tulis kat sini. mungkin banyak yang berkaitan diri sendiri. so kalau takut termuntah banyak sangat baca pasal update diri saya, apa kata awak pergi update diri awak dulu. awak kena faham, bila awak ke blog atau twitter atau facebook orang, mestilah 90% cerita kat situ pasal diri pemiliknya. takkan lah setiap hari nak tweet gambar monyet. atau takkan lah setiap hari nak tweet gambar gula-gula.

saya rasa semuanya okay sekarang. jadi tak perlu bikin zine baru (sebab kawan-kawan saya kata, kalau ada orang cari pasal dengan saya sampai saya down, nanti akan keluar zine sayapatah edisi baru. kahkah) but everything is way too different from what i thought it would be, i should say. like, seriously. bila saya kata berlainan dengan apa yang saya fikir, tak semestinya benda tu ialah benda yang saya tak suka. tidak. sebenarnya saya suka je, tapi tak pernah terfikir.

hari ni (semalam) ialah hari cards signing also known as practical / oral anatomy test yang terakhir untuk semester ini. kiranya lepas ni, cuma tinggal beberapa kelas lagi, practical anatomy exam, dan ujian bertulis. mari sini saya senaraikan subjek kitorang. subjek tak banyak pun. cardiorespiratory and upper limb (CVR), genitourinary system (GE), molecular medicine (MM) dan patient safety and quality (PSQ). manakala lagi satu subjek, dah submit assignment haritu iaitu subjek Early Patient Contact (EPC). subjek memang tak banyak, tapi cuba bayangkan setiap subjek ada 50 chapter untuk dihadap dalam masa 16 hari? akhir bulan ni exam. 16 days to examination. 26 days to loved ones.

orang kata kita hidup ni bukan nak cari banyak musuh. kalau boleh, nak ramaikan kawan. tapi kita pun tak boleh lupa yang kadang-kadang kita perlu pilih kawan. saya tak kata tak boleh kawan dengan penagih dadah. boleh je. awak boleh kawan dengan semua orang. yang awak kena pilih ialah, kawan yang awak patut jadikan contoh. tapi apa-apa lah. saya pun lupa nak tulis pasal apa ni. kakaka.

pasal musuh pula. kita juga perlu memilih musuh kadang-kadang. bukan semua orang layak jadi musuh kita. (gitu) contohnya dulu saya selalu tulis ayat ni. cuma babi yang bergaduh dengan babi. maka jangan lah kita menyamatarafkan kita dengan babi. like, literally? awak nak ke bergaduh dengan babi? haha. baru cuit sikit alamak dah kena samak.

contoh yang ringan sikit ialah bergaduh dengan orang kurang ajar. saya cakap ni generally je. siapa cepat terasa atau butthurt, maknanya ada something wrong dengan nerve dia kot. kalau literally butthurt, mungkin ada kaitan dengan gluteal nerve ke, sciatic nerve ke. entahlah saya pun dah lupa. okay berbalik kepada isi penting, bergaduh dengan orang kurang ajar. rasanya orang yang tidak pernah jadi kurang ajar, mungkin dia takkan dapat detect pun orang lain kurang ajar dengan dia. maka jika saya katakan awak kurang ajar dengan saya, maknanya saya pun pernah kurang ajar dan sebenarnya saya boleh jadi lebih kurang ajar daripada awak punya kurang ajar. tapi saya malas.

kenapa? sebab kalau saya kurang ajar dengan awak, sama jelah level saya dengan awak yang kurang ajar ni. jatuhlah taraf saya. gitu. tak hingin saya jadi setaraf macam awak ni. tak perlu tinggi sampai tahap Gunung Kinabalu pun, bonggol kat jalan yang kecik tu pun dah cukup. asalkan tinggi sikit lah dari tanah.

okay mungkin awak rasa post ni kurang ajar, tapi, suka hati saya lah. kahkah. okay bye.

why do i write this?
because i'm fabulous.

lol mana ada saja ja haa nak tunjuk musim bunga cantik kat sini. daripada hadap bebenda menyakitkan hati baik hadap keindahan ciptaan Tuhan ni. kalau tak dapat menginsafkan diri pun at least boleh lah bersyukur lebih sikit. dah lah. panjang pula membebel.

happy weekend guys!

PROMO: Relief Mission Sarawak #RMSarawak13

PROMO: #RMSarawak13

for it is in giving, we receive.
help us to help them.
we help because we care.
a single penny can make a change.


https://www.youtube.com/watch?v=XYBGQ8n9opc&feature=player_embedded

spread the words!

event page:
https://www.facebook.com/events/189074454573777/

Monday

makwe dia yang annoying dan perangai lahabau anda

untuk memahami situasi ini, saya harap anda boleh membayangkan bahawa anda lah watak yang disebut dalam cerita ini.

poyo.

anda suka kepada seorang budak lelaki. pada suatu masa dulu, anda tak tahu yang dia ada makwe. maka anda pun bercinta lah dengan dia.

masa berlalu. anda dapat tahu bahawa dia ada makwe. dan dia tak reti nak let go makwe dia. dan pada masa sama makwe dia pun tak reti let go dia.

anda cari makwe dia. bincang apa yang patut.

anda dapat tahu dia makin rapat dengan makwe dia. siap bawa balik rumah. anda pun bengang.

lepas tu makwe dia fly pergi oversea. tetiba makwe dia cari awak sebab makwe dia kata, dia cakap yang dia dah break up dengan awak sebab dia nak teruskan hubungan dengan makwe dia. dengan bajet nya anda kata
"kalau you nak sangat lelaki tu, you ambik lah. i dah taknak dah kat dia."

sejak hari itu anda rasa makwe dia sangat annoying nak mampus.

tapi rupanya anda tak move on lagi. anda tahu je yang lelaki tu sekarang bercinta dengan makwe dia. tapi lelaki tu masih nak berkawan dengan anda. tapi anda tak reti move on.

dipendekkan cerita, satu hari anda post gambar anda dan lelaki itu di instagram. siap dengan gaya jelir lidah berdua. siap dengan caption "tetiba rindu. eh.." tak tahu lah anda sengaja ke tak, makwe lelaki tu dapat tahu lalu mereka bergaduh lagi.

lalu makwe dia stalk anda macam nak gila. lalu anda rasa annoyed sebab anda rasa makwe dia annoying gila babi sebab stalk anda.

soalannya ialah, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada berurusan dengan makwe dia yang annoying gila babi tu?

cara terbaik ialah,
jangan kacau pakwe kepada perempuan yang annoying lah.

dan kesimpulannya, perangai siapakah yang paling lahabau dalam cerita ni?

fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Sunday

supersampler dan superun.

hari ini hari Ahad. di Malaysia, lagi 2 jam nak masuk hari Isnin. sini lagi 10 jam. sekian segmen mari mengira bersama Kak Julija.

ujian haritu, dah dapat result. teruk gila babi tahap tergolek masuk lumpur selut lepas tu tak boleh nak bangun sebab gemuk macam babi lepas tu melekat dalam selut tu makan tahi sendiri seumur hidup. bawah average kelas, dan saya rasa gagal. walaupun sebenarnya tak gagal.

saya ingat saya nak belajar hari ini. saya belajar jugak lah pagi tadi. bawah duvet. bergulung macam sushi. cuaca makin hari makin menggila dekat sini. angin kuat sampai boleh terbuka pintu garden atas bumbung. hujan yang kadang-kadang nampak macam salji tapi sebelum kita confirm dia tu salji, dia hilang. itu nama dia salji halusinasi. sejuk dia jangan cerita. suhu peti sejuk kami lagi tinggi sikit daripada suhu di luar.

kaki pun kebas-kebas.

tak ada benda nak cerita pun. saja. gedik. saya rasa sekarang Boogeyman suka kacau saya. sebab mimpi saya entah apa-apa. saya lebih rela tidur tak mimpi daripada mimpi yang bukan-bukan. mimpi gembira pun kalau boleh saya taknak, sebab itu mimpi je.

saya tak nak mimpi gembira, tapi bila buka mata. hampa.

minggu ni hari Jumaat saya ada cardsigning. atau oral anatomy test. doakan saya, memandangkan makin banyak benda belajar, makin banyak range soalan dia boleh tanya. dari tapak kaki ke peha, ke perut ke bontot. sampai ke diaphragm. ah. saya memang kena study. mana cahaya kerajinan ni. cepat cepat, bakar saya.

saya kata kalau Malaysia menang saya nak beli henpon baru. tapi seri. maknanya apa? ah. saya nak beli juga. walaupun Samsung Galaxy S4 dah nak keluar. ah. tengok lah macam mana rezeki. yang penting saya tak nak barang Apple. *tetiba*

oh by the way, ini antara gambar yang saya baru cuci. sumpah mahal gila tau, segulung 20euro. kalau convert, rm80. botak lah. sama harga dengan kamera. saya guna supersampler, tapi sebenarnya sebelum tu saya dah guna filem tu dalam smena. haa haa.

peek-a-booooooooo



siapa dapat teka apa benda ni saya belanja

menengok gambar-gambar dalam filem yang dah lama gila saya perap ni, buat saya jadi rindu. mujur tak ada gambar orang yang tak sepatutnya.

kesimpulannya, mari belajar kalau taknak mati dalam penyesalan apabila tak dapat jawab exam.

Thursday

Travel Log Ais-Ais Kacang #1 : Irish air.

Hello kawan kawan.
Saya dah ada kat dublin. Hari ni, masuk hari ke5 kami di sini. Hihik. Okay saya nak cakap bahasa melayu je sebab lepas ni, blog, twitter dan rumah je bakal jadi tempat di mana saya boleh cakap bahasa melayu. Wuwuwu. T__T
rumah saya kat sini katanya paling cantik dan besar dalam kalangan rumah junior. Mihihi. Rumah kami 3 tingkat. Saya duduk bilik bawah sekali. Single bed.
Cuaca sini sangat sejuk. Lebih kurang dalam 8 degree celcius macam tu. Dengan angin kuat. Kekadang hujan sepanjang hari. Dekat sini mandi sehari sekali je. Haha!
Pemandangan cantik. Banyak bunga dan hijau je. Bangunan cantik. Dekat Grafton street selalu macam ada persembahan jalanan. Rasa macam kat universal studios, seriously! Bezanya, kat sini hari hari macam tu.
Harapnya semua okay, sampai habis 2 tahun setengah kat sini :)

ini london

Friday

{sticky post} zine sayapatah 2 untuk dijual dan ditukar-suka-sama-suka

Assalamualaikum and good evening everyone.

as you all know, sayapatah 2 already published on 24th June 2012. and now it's open for trade! and if you want to buy, there will be no problem too.

under construction

these are some info about sayapatah 2 : zine atas kertas (rearranged)

  1. consists of 40++ pages of writings and drawings. most of them were submitted during Projek Sayapatah 2 on 22nd June by more than 20 writers.
  2. some of them have not been published yet anywhere.
  3. you can get the normal version or hard cover version. (ewah)
  4. black and white.
if you are interested to buy / trade, note these.

price: RM 4 ( by hand ) / RM 10 ( sayapatah 1 + sayapatah 2 + postage )
how to place an order: leave a comment here / sms (if you have my number) / email me
cash on delivery: Pontian, Johor area OR Kuala Lumpur (from 15th August to some days after raya)

thank you :B

ps: to all contributor to SAYAPATAH 2 , please contact me. thank you.

Tuesday

new family member and JOHO #01 shirt blue edition

hello :D

how's your day? mine was started with my mom entered my room and asked me where did she put her handphone. it was 4.30a.m. in the morning. i didn't really hear what my mom said at that time. haha.

and when i ACTUALLY wake up on the morning, i found out that our family members have extra one. ahaa. my sister-in-law just gave birth to their first son that will be named Putra Aidil Amri. i want him to call me Auntie Yunyun. cute tak? :P
little Putra Aidil Amri, born at 4.00 a.m. , 10th July 2012.

today is Tuesday. it means that my family and i are going to Universal Studio Singapore tomorrow. i don't know what to bring. passport, checked. cameras, oh yeah i'm charging one of them. maybe i'll bring along three cameras hihi. i just got my JOHO #01 shirt from my friend, Fad and i'll wear it tomorrow. boleh tak? JOHO #01 blue shirt with pink pants and pashmina. nampak macam pelik sangat tak?

the shirt is L size and quite big. but i'm okay with that :B


okay lah. nak tidur. good night :B

Sunday

sayapatah 2 sudah boleh di-download

zine sayapatah 2 dah siap edit (kot). tapi tak dapat masukkan benda yg saya tulis awal-awal. nah ini download link:

http://www.4shared.com/office/DiGHfRKA/projek_sayapatah2.html



ini pula benda yg saya takdapat masukkan. nasib baik takbest. kbye. thankyou semua untuk malam semalam :B





Hai awak.

Awak apa khabar? Yang saya pasti, awak masih hidup dan belum buta lagi, sebab tu lah awak boleh baca surat saya ini. Sudah lama rasanya saya tidak tergedik-gedik dengan awak melalui apa-apa medium berteknologi tinggi atau rendah. Ini semua berpunca dari kegagalan cinta kita dulu lalu awak block saya kat semua laman sosial awak. Kurang ajar betul awak ni. Saya rasa nak sembelih je.

Tujuan saya mengirimkan surat ini ialah saje je nak bagi duit poket kat abang posmen dan pejabat pos di kampong saya ini yang bangunannya serupa hidup segan mati tak mau. Macam awak lah. Mati tak mau. Bosan saya nak tunggu awak mati tak mati-mati jugak. Bila awak nak mati? Oh nanti. Habiskan baca dulu lepas tu awak boleh pergi mati dengan apa-apa cara awak nak. Saya rekemen kan awak mati dengan cara menembak senapang gajah ke dalam mulut. Baru syiok gittew.

Saya dengar awak dah ada pengganti saya. Dengar cerita dia perfect sangat kalau nak dibandingkan dengan saya. Wah. Untunglah awak. Hebat juga awak dalam bab mandrem orang kan. Kalau tak mandrem masakan awak yang muka jambatan tak siap ni boleh dapat orang perfect cenggitu. Maaf saya terfitnah. Sesungguhnya fitnah itu lebih dasyat dari membunuh. Jadi, boleh saya nak bunuh awak?

Sepanjang awak takde saya rasa bahagia sangat. Sekarang saya boleh berpeluk dengan kucing saya masa tidur dan menyekodeng anjing rumah jiran saya tanpa ada sesiapa nak marah atau cemburu.

Dengar cerita awak dah nak kahwin dah. Lagi tiga bulan kan katanya. Tahniah lah. Awak nak jemput saya datang tak? Saya tak nak datang pun. Kbye.

Awak boleh bayangkan tak kalau kenduri kahwin awak dicepatkan, contohnya tetiba kenduri tu buat esok atau lusa? Haa. Macam best kan. Tapi tukar sikit lah. Tukar dari kenduri kahwin, jadi kenduri arwah. Kenapa? Oh. Sebab saya ada hantar buah tangan sikit ni. Awak ada bau surat ni wangi macam surat saya bagi dulu-dulu? Haa. Saya ada sembur minyak wangi yang saya buh racun sikit. Sikit je. Lepas tulis surat ni pun saya ada teguk sikit. Dalam masa dua hari dah boleh jalan.



Akhirnya dapat jugak saya sehidup semati dengan awak.

Hikhik.

Friday

[segmen] saya nak join BLOGLIST aziluzdanhidupnya (updated)

hello kawan-kawan.

macam mana perjalanan hari-hari anda minggu ini? harap semuanya okay. macam saya, semuanya okay. semuanya sama macam dunia yang saya lihat sejak saya kecil iaitu dunia ini dipenuhi manusia yang pelbagai ragam. ada yang menyejukkan hati dan ada yang memanaskan buntut. okay cukup setakat ini mukadimah saya.

ingat lagi tentang segmen BLOGLIST saya? jadi inilah senarai blog bertuah yang telah menyertainya pun. ingin menyertainya pun? sila pergi ke post ini.

























jika anda klik dan tak jumpa nya pun blog dia orang ni maka maknanya mereka telah men-delete post tersebut. ha ha.

ok bye.






ps: mereka-mereka telah meraikan hari jadi saya dengan begitu cepat sekali nya pun walaupun hari jadi saya lambat lagi nya pun sekian terima kasih.




thank you for the chocolate banana guys :D

Sunday

hari ahad bersama CEPUT ekspres yang akhirnya terbalik

kalau lu orang kompani yang menguruskan bas ceput ekspres atau mana-mana bas yang rasanya ada kaitan dengan ceput ekspres, jangan segan silu untuk butthurt.

***

gua tak tahu apa masalah sistem bas dekat semenanjung Malaysia dengan gua. hari jumaat lepas, gua naik bas yang selalunya berhenti dekat stesen bas hometown gua. sekali tetiba bas tu tak berhenti. lalu gua terlajak sampai ke stesen bas bandar kecil selepas hometown gua. tak memasal gua kena patah balik naik bas dari kompani yang sama (bukan ceput ekspres dalam hal ini) alang-alang dah sampai ke stesen bas tu, gua pun belilah tiket balik ke tempat belajar gua dulu. senang nanti tak payah beli lagi.

hari ini, seperti dijanjikan, gua kena naik bas ceput ekspres untuk balik ke kolej tempat gua mengaji. bas pukul 10. oleh sebab tadi pagi hujan gua dengan syioknya terbangun pukul 9. mak gua relax je dia kata, kalau naik bas ceput ekspres lambat sikit tak apa. sebab dia ceput. ahaa. tak adalah, sebenarnya ayat kedua tu gua reka sendiri.

gua punya tempat duduk kena rembat dengan mat bangla. sebelah dia pulak mat indon. gua pun selamba jelah duduk tempat lain yang lebih kondusif. maklum jelah masa hujan, dalam bas pun berhujan. ketika menaiki bas gua dah kira-kira, dalam 5 jam sampai lah kot. dalam pukul 3 macam itu. gua jeling sikit dekat senarai destinasi. amboi. nampak macam semua stesen dia nak berhenti hah. tapi gua relax lagi time tu.

seperti dijangka, 3 stesen ada kat johor dalam perjalanan, 3 stesen tu lah bas ceput ekspres tu berhenti. paling tak boleh blah masa dia berhenti kat tangkak. amboi mak bukan main lama lagi. lepas tu paksa aku blah duduk kat kerusi ikut nombor kat tiket. gua pun dengan buat muka kasihan gua cakap lah ada bangla sudah rembat sama gua punya tempat. lepas tu dia halau bangla tu pergi duduk tempat ikut nombor tiket dia. terpaksalah gua duduk sebelah indon. apa? nak cakap gua racist ke apa? gua tak racist bai. gua cuma tak berminat sangat nak duduk sebelah pendatang yang berbeza jantina dengan gua. lu faham-faham lah kenapa. gua comel bai. ahaa.

itu belum cukup sial lagi. dalam perjalanan tu si indon tu kakinya sibuk nak terlanggar-langgar kaki aku. aku yang sedia panas pandang muka indon tu. cepat-cepat dia tarik kaki dia. eh babi betul. apahal kau mengangkang besar sangat sampai nak terkena kaki aku? bodoh.

semakin jauh perjalanan semakin bertambah bala. tetiba air jatuh menitik dari air cond tempat gua duduk. tapi nasib gua baik sikit sebab air tu banyak jatuh ke arah indon tu. kahkah. padan muka kau. gua relax jelah sebab gua tak terluak pun dengan air air cond tu.

seperti dijangka dekat seremban pun ceput ekspres ni berhenti. gua makin panas. tambah lagi dengan kereta-kereta yang dipandu ikut hawa nafsu kat atas jalan tu. bas ni pun satu, boleh pula mengangkang kat atas line, block jalan orang. entah apa-apa. dalam hati aku dah tertanya-tanya apa celaka lah bas yang aku naik hari ini.

lepas enam jam gua rasa, dah masuk lah daerah tempat gua belajar. gua memang dah mendidih dekat dalam ni. oleh sebab gua puasa gua tahan je carutan terus menerus dalam hati. tapi entah syaitan apa yang rasuk gua, gua rasa syaitan tak ada bulan puasa ni. gua lari turun dari bas. gua pegang side mirror bas ceput ekspres lepas tu pusing dua tiga kali kat udara. lepas tu gua letak ceput ekspres balik dalam keadaan mengiring.

lepas itu gua menapak balik kolej.

*****

kepada orang-orang yang menguruskan bas CEPUT ekspres ni, gua memang bercadang nak buat aduan. nanti. tunggu gua kasi emel sama lu orang. bersedia untuk dapat emel dari alamat emel yang ada nama zafuan. chiow.

Saturday

3in1 : tentang ZineSatuMalam Edisi Khas , sayapatah dan segmen

selamat sejahtera semua.

sebenarnya banyak sangat benda yang aku nak cakap, sehinggakan aku sendiri keliru hendak mula dari mana. ahaa. tolong tahan dengan ayat yang skema nak mampus dan sedikit kurang licin dalam blog ini. anda yang bertanggungjawab meng-klik link ke blog ini dan anda juga yang bertanggungjawab melabuhkan pandangan (betul ke ni?) kat blog Hampas ni. aku tak kisah nak orang nak cakap blog aku hampas, sebab memang nama dia hampas.

first of all, terima kasih kat semua yang join bloglist aku. aku tak rasa nak tutup penyertaan pun sebab ya ampun ciput gila yang join. ekeke. buat malu aku je kau tau tak =.= tak apa, tak apa. aku faham. *merajuk* ptuih !

kemudian terima kasih juga kepada semua yang meng-download zine sayapatah 1 dari 4shared. aku sayang kau orang lebih. jangan lupa download zine terbaru hasil karya beberapa orang penulis gila yang berpuisi pepagi buta bertajuk ZineSatuMalam : Edisi Khas Puisi Pagi Buta.

review tentang bloglist punya segmen, banyak jawapan aku tengok memang comel habis. hahah. terima kasih banyak-banyak. sebenarnya aku tak kisah pun kalau kau nak mengutuk ke apa, sebab aku pun pernah mengutuk blog orang sebab orang tu suruh. nama orang tu ialah Penulis Bogel.

dah lah. perut aku lapar pulak. nak pergi mencekik lah. ingat tadi pelanggan zine aku nak datang tetiba dia ada hal terus tak jadi datang pula. so terpaksalah pergi makan sorang-sorang. untuk pengetahuan, aku makan nasi sehari sekali je sekarang. kadang-kadang, dua hari atau tiga hari sekali. sobs.

ok lah. next next next post nanti aku ada video nak share. stay tuned!

Friday

inpro : Boling ALM superb (HAHA)

tengok tajuk macam superb sangat jelah. macam menang je. haha. ok ok lah. i admit that kitorang tak menang. tapi aku rasa macam terbaik lah group boling ALM. bayangkanlah, ada antara kitorang yang baru first time main boling, tapi dah boleh masuk tournament dan dapat strike ! (spare jangan cerita lah. berlambak) (?) haha. lepas tu lagi tadi main seorang 3 game. terbaiklah main free kan. haha. aku dapat 100, 120, 111. nampak macam tahi je tapi pada aku tu dah cukup gempak. haha lagi.
kitorang tadi datang dengan jersi intec. sampai sana baru dapat t-shirt inpro warna ala-ala yam (keladi). aku rasa macam keladi. hahah. kitorang sarung jelah tshirt tu kat luar as t-shirt tu lengan pendek. oh tolonglah aku pakai baju empat lapis tadi. nasib baik boling tu tak panas sangat lah. ok ok ajelah kan. tadi aku macam semangat gila. siap boleh baling bola ikut rentak BAD ROMANCE (lady gaga) hahah. memang gila lah. rasa macam main dengan kawan-kawan je. kitorang memang tak harap pun nak menang. yang penting enjoy.
zuliza dayana hafizah haleeda farah intan weiwei
el (hei hei nama kau sapa aku terlupa. haha)
kepada budak budak yang beberapa orang itu, thanx lah. korang terbaik lah. ajar aku melepak kat Pak Li Kopitiam. memang macam pokai lah aku kan nak makn situ hari-hari. haha. tapi cambest jugak. actually harga sama je dengan kekasih aku- IMTHIYAZ. tapi kan, takde wifi lah itu Pak Li kurang syioook lah. haha. ok ok. thanx :) danke schoene
Photobucketthanx.do come again.

Monday

imthiyaz vs alrafi


today is monday. pasar malam day. nadia, eva and i went to pasar malam to buy some food. i just bought TAHU MANIS a.k.a taufufa. (am i right?) hihi. and now i am sitting at imthiyaz restaurant and online with the free wifi. whoah !


guess what? the wifi here is much faster than alrafi's. hoho. i am soooo excited. i told my friends that from tomorrow afterwards i want to go here for dinner or lunch, instead of going to alrafi. hehe. ok. today i'm fasting so i think i will go home late. maybe about 8.00 p.m. tonight i will have PHYSIC'S DATE with my classmate, Eva. we are going to do physics lab report. fyi, today is our first day, learning biology, physics and chemistry in a row. whoah! physics is all about the things that we have learnt in highschool. but i think, all of it had been vanished from my mind. ahahaha. i dont even remember how to read the scales :/


for today, i just want to admit that i love you very much :) i dont know why. i just can hate you, cant leave you and cant let you leave me. i really really really love you, even you dont want to love me. hihi. its ok :) luvyah luramaq


bye.
Photobucketthanx.do come again.

Sunday

ukhuwah muslim intec

halo. as usual, i'm using alRafi bistro's free wifi. hoho. thanx alrafi. i love you. pffft~ haha. ok ok. i'm going to write this post in english. as i already told you, i'm not good in english. so, just tell me if i do mistake wtv wtv. ok? hihi.
i'd just coming back from Bukit Cahaya Shah Alam (formerly known as Bukit Cerakah). i'd a very wonderful time with another 28 participants. on the first day, i really downhearted (betul ke?) because i saw everyone wore BIG tudung ( i mean, labuh huhu ) and i thought that i'm the only one who's very CRAZY and ________ (apa nak cakap tu? tak layak? haha)
ok fine. susahnya aku nak cakap english. aku cakap campur campur ajelah ya ? ;) oklah. senang cerita, aku rasa aku tak layak langsung nak join camping tu. masa pergi, aku boleh pulak selimpang tudung macam makcik nak pergi pasar dengan seluar slack aku yang ala ala jeans warna hijau. baju pendek n blah blah blah. senang cerita memang macam nak mintak kena halau dari bas ajelah. aku duduk kat seat paling belakang dalam bas,. senyap aje layan mp3 sebab aku tengok semua macam budak baik. takut aku nak tegur :(
sampai sana petang. banyaklah aktiviti. honestly, aku cuma mandi sekali aje masa kat sana. haha. memang agak busuk lah kot. ok. ada satu peristiwa memalukan berlaku kat sana dan secara tak langsungnya, melalui peristiwa tu lah semua orang (not all, but most lah) kenal aku. ok. aku tolong ambil beg khemah dekat tempat duduk paling atak kat colleseum. lepas tu aku bajet terror lah nak langkah langkah tempat duduk colleseum untuk ke bawah. bajet jah, padahal ada je tangga. entah macam mana kaki aku boleh terlipat lalu aku terduduk di tas kaki tersebut. dan member aku yang menjerit, padahal aku senyap je. dengan jeritannya, semua orang pun memandang ke arah aku. malu siot! bila dah kena pandang tu, entah kenapa mulut aku gatal pulak pergi berbunyi macam ini " EH, AKU JATUH BOLEH TAK?" macam bodoh kan,. dah sendiri jatuh lepas tu pergi tanya orang, aku jatuh boleh tak? sengalnya -____-"
kaki aku terseliuh (itu kot terms nya?) lepas tu masa nak introduce diri aku terpaksa lah berlunjur. lepas tu, masa kenalkan diri kan, member bilik aku bising bising suruh orang panggil aku dengan nama PUDU. dan nama tu lekat sampai hari ini. hoho. tak pasal pasal aku kena pakai registered name mamat itu di sini -___-" what the fish ! huhu. lepas tu kitorang pasang khemah. lepas tu aktiviti night walk dan hati ke hati dengan seseorang sambil menutup mata. kira macam kau bercakap dengan orang tu, tapi kau tak tahu lah sapa orang tu. ok lah. aku merepek apa entah dengan dia, pasal proton V6 n blah..blah..blah. haha. malam tu hujan so kitorang terpaksa duduk dalam rumah bentuk A. ada tilam je. kitorang duduk 9 orang atas 4 tilam. memang sempit lah. esok paginya pukul 4 bangun. sejuuuul. tapi mandi jelah jugak.
4.30 qiam. buat solat tahajud, solat hajat etc etc. lepas subuh, alma'thurat. aktiviti ni kitorang buat kat colleseum terbuka. atas ada langit. tepi tepi ada hutan. bawah tikar ada pasir. memang terbaik lah. tapi aku ada tersengguk sengguk lah sebab ngantuk. haha. tapi sumpah terbaik! memang rasa macam insaf gilalah. lepas tu aktiviti makan.. ceramah. game X dan Y. lepas tu explorace. oleh kerana aku injured (injured lah sangat) so aku tak join. aku ikut fasi fasi, jadi tukang bawa first aid kit sebab akulah orang yang paling perlukan first aid kit tu. haha. aku rembat sikit ubat, sapu kat kaki aku yang sakit tersebut. haha. dan setiap checkpoint aku jumpa budak group aku. diorang panggil aku "PUDU! PUDU!" bukan itu sahaja. malah cheer group mereka juga berbunyi begini : "P..U..D..U..PUDU" haha. memang terbaik sangat lah -___-
petang sikit ada aktiviti macam publis speaking. group aku dapat tajuk WHAT DOES IT TAKE TO BE AN EFFECTIVE MOSLEM? aku memang harok gilalah time present. macam kentut kau tahu tak? haha. tapi lecturer tu tetap puji kitorang semua. huhu. lepas tu, pukul 6 berkumpul kat roundabout. isi borang. aku memang merepek gila kat borang tu tapi lantak aku lah, borang aku kan? haha. eh eh aku ni macam tak insaf lagi jer? ok lepas tu pegi dekat bas. ambil ambil gambar.. aku duduk belakang. kali ni berseorangan :) tak kisah lah sebab aku nak melayan ais krim yang orang belanja. haha. terbaik kan? :P
overall, memang best lah kem ni. sedikit sebanyak ada jugaklah menginsafkan aku. dan peristiwa kaki terseliuh tu memang banyak bagi hikmah kat aku. banyak benda aku dapat sepanjang kaki aku terseliuh :) hihi. ok lah. tak tahu nak tulis apa. oh ya. aku tak dapat transfer gambar semua peserta sebab aku bawa kabel kamera, tapi tak bawa kamera -____-" next time lah ya. bye bye :) SALAM
PS : kepada muslimah muslimah yang join UMI, kau orang memang terbaik lah. kat akak-akak fasi, sorry sebab kite menyusahkan akak. huhu. kepada muslimin muslimin yang join UMI, aku tak kenal korang langsung, kecuali Baihaqi (sebab dia classmate aku) dan Hakim (groupmate) tapi aku tengok korang memang cam alim gila walaupun mengkhianat time main game XY. hahah. kepada semua, JANGAN LUPAKAN PUDU :p thanx sebab layan kepala pudu yang gila dan perangai camsi ni. hahaha. luv u all.
credits to :
fasilitator2 diana aiman masyitah syaza liyana liyana2 syida fuzah huda anis kn farah shafira hayati
dan semua lah :)
Photobucketthanx.do come again.

mom's day special

today : 9th may 2010 (2nd sunday)
this post is dedicated to a superwoman named Nor Asiah

hello mum. this is the 18th mothers day we celebrate together. hehe (poyo je) thanx for being such a good mother.. caring. spoting. ROCKIN' (yeah!!) walaupun sometimes u scold me (its my fault) u still the best mother on earth. huhu. actually i dunnow what to say (T_T)

kenapa aku post kat sini? saja nak poyo kah? tidak.. actually, aku segan nak cakap macam tu dekat mak aku. hehe. pelik kan? ntahla. ingat lagi, masa aku kat hostel, bila aku call mummy aku, dia akan tanya, "ada apa?" selalumya aku hanya akan menjawab "saja ja." aku tengok orang lain, selalunya mereka akan cakap begini dgn ibu mereka "mak, rindulah kat mak. dah lama nak tengok muka mak. dah lama tak makan masakan mak. dah lama tak cium ketiak mak." dan blah blah blah.. aku pernah juga mencubanya. "saje call mummy. rindu." apa jawapan mummyku? "geli je"

HAHA.
memang kitorang macam tu. yep, mummy memang sgt slamber orangnya. kadang2 macam member. huhu. best kan? jangan jeles ;) alah. sure sangat semua org akan cakap mak dia lah the best. macam tu gak aku. mak aku tak macam mak korang. mak aku suka tengok bola. dan di sini aku nak mintak maaf sebab aku selalu marah bila mummy tengok bola, sebab bila mummy tengok bola, rumah aku jadi lebih bising dari stadium. baru je penyerang dapat bola di kaki, mummy dah menjerit GOAL!!! (padahal tak gol pon) huhu. unik kan? ya, mummy memang seorang yg sangat bersemangat. penat nak berfutsal, badminton, ping pong n etc ngan mummy.

mummy juga seorang yg tabah. mummy membesarkan 5orang manusia ni sehingga menjadi terlebih BESAR. huhu. tapi ada 1 bende yg mummy untung ketika memasak utk kami, iaitu, mummy tak perlu masak sayur. kerana kami semua karnivor. huhu. saya paling suka nasi ayam mummy sebab tak pernah lagi jumpa kedai yg jual nasi ayam camtu. nasi kuning, ayam hitam dan sedap sangat2. huhu. rindunya nak makan nasi ayam mummy.

mummy suka alleycats. mummy juga suka sharifah aini (dulu lah) sebab itulah mummy dapat anak rambut kerinting (you know who..) ya, maybe tahun 92 ialah tahun kegemilangan alleycats di hati mummy. tapi takpe lah. thanx mummy. kalau tak kerana tu, mungkin adek tak dapat rambut curl yang MAHAL ni. hehe. orang sekarang sibuk nak curl kan rambut. adek tak payah susah2 pun, dah ade. hehe.
mummy cikgu tadika saya. masa saya 6tahun saya pindah sekolah, dari tadika kemas ke tadika perpaduan. masa tu, mummy still pembantu lagi. aku masih ingat (kejap aku, kejap saya) , masa pagi2, masuk kelas, kitorang kena nyanyi. lagu dia camni.

"bangun pagi. gosok gigi. cuci muka pakai baju. minum susu makan roti. adik adik
suka hati. jalan jalan pergi sekolah. nampak cikgu depan pintu. selamat pagi
cikgu maznah. selamat pagi cikgu nor."


unTuk moms day tahun ni, aku ade sumting :) nak tengok? (nak ke taknak, aku nak tunjuk gak. tak kireeee!!!)

crocs n card


luar

dalam (tak siap agi)

ape2 lah nye pun. saya sayang mak saya.
.my mummy and i.

Photobucketthanx.do come again.

Wednesday

budiman 1 in memory...

BEWARE. POST INI MENGANDUNGI BAHASA REWPITZ PALING BANGANG DI DUNIA.




aku mizz cgt my dorm.. umm..;(

hari2 terakhir kami...

raye haji kat skola.. ni pas p surau n makan2.. nyum..3...




gmbar bwh : aliaa, wanie, suha, yana, eva, suhada ramus, snow, olyn rambu, pzoul aziluz..

6 DISEMBER 2009...
ni kek yg kitorang bli kat jom cafe.. urmm.. cedap jugak..


makan kfc.. 10 set ! wow... gemok la kitorang.. ahahaha...




jalan lalu padang.. takin2 piccha wat kali terakhir.. isk3...
LUAHAN HATI AZILUZ...

actually,, aku xtaw pe yg aku rase..?
aku shayunk sgt nak tinggalkan skul,, tp at d same time aku rase lega sgt..

y???
cuz actually,, ade beberape bijik mangkok yg aku da xsanggup nk ngadap kat samura nuu..
sape??
ofcuz la,, rahsie..

ahahahaha...

neway,,
tok dak2 budi 1

especially seniors 2009!
korang memang hot ! gempak! woww!!!!


aku sayang gile dowh korang..
jgnla lupe aku t okeh

nak kawen jemput aku yerp..

to hani :
thanx for the 'happiness' that u gave to me.. i really appreciate it..

to aliaa :
thanx..! member bcerite ttg saserianz..!

to snow :
thanx teman makan slalu.. 2pinggan pliz..!

to suha :
thanx baju kurung.. ingat la,, 6.12 kite pakai topi bufday jalan2 kat lua..

to olyn:
thanx aja silat..huhu.. rambuba rambu ramba.. ngaaa...thanx for ur great 'service'..

to eva:
thanx for being such a great PKR..! luv budiman always..

to suhada :
thanx byk..! 5taon dowh 1skul dgn ko.. thanx jd kwn yg baik..

to naz :
thanx 4 being my bedmate walopon slalu tggalkan kitew kat atas.. ahahha

to wanie :
thanx.. ingatla kiter bile ur 5200 hang lg.. campak je k? haha

to yana :
thanx..tataw nk ckp per