Showing posts with label #BJIreland. Show all posts
Showing posts with label #BJIreland. Show all posts

Friday

The V by Project V, terbitan Terfaktab

hai semua orang. rasa macam dah lama saya tak menulis dalam blog ni. busy lah. lagi 3 hari saya mula summer exam. doakan saya please. sebab saya nak balik Malaysia dengan tenang dan aman sentosa. makanya, kenalah pass exam ni. tak kisah lah flying colours atau crawling colours sekalipun, yang penting saya nak pass.

untuk pengetahuan anda semua, buku baru daripada Terfaktab - The V by Project V akan (ke telah?) dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ni. dan menurut yang saya tahu, penulis The V akan hadir esok. maka boleh lah awak beramah mesra.



The V ialah buku tentang feminism, 80% atau 90% bahasa Inggeris. adalah terselit karya saya yang marhaen tu kat dalam tu. selebihnya, semua penulis power seperti Azhar Ibrahim dan lain-lain. forewords (itu ke nama dia?) by Sheena Baharudin iaitu penulis dan spoken-words poet yang memang tidak asing lagi. awak tak perlu jadi pro-feminism atau anti-lelaki. kat dalam ni ada short stories, articles dan juga poems. campur-campur lah. saya punya ialah 2 cerpen (Jars for Jenna & The Carrot Restaurant), dan satu lukisan yang telah diubah kepada format sepatutnya oleh Tahir Rawther, antara orang kuat di sebalik penghasilan buku ni, selain Kak Qiez.

saya nak cakap, belilah. saya tak reti nak promote lebih-lebih. tapi bak kata Terfaktab, The V ialah antara buku paling rebel yang diorang pernah keluarkan. saya rasa, dalam buku tu saya punya yang paling tak rebel. sebab saya yang paling tak power. kahkah.

jemput beli dan beramah mesra dengan para penulis nanti. kecuali saya. kalau nak beramah mesra dengan saya pun boleh. tapi sebelum tu kena lah doakan saya pass exam ni haa. lepas tu dapat lah saya balik Malaysia. lepas tu boleh lah kita beramah mesra. lepas tu,,,,, three! hahahahambar. tapi saya serius ni. awak nak beramah mesra dengan saya kat kedai mamak dari malam sampai pagi pun takpe. tapi awak payung lah. kikiki. okay julija gedik.

sekian.
You have the V? own the V.

Of new niece, Malaysian Night and so on.

hello guys.

dah lama rasanya tak menulis kat sini. maklumlah, sesejak kelas dekat hospital ni, pagi-pagi sebelum terang dah naik bas. malam, lepas gelap baru balik rumah. busy habis! weekend pula masa untuk qadha' tidur. lewls. jadi banyak rasanya benda tak sempat tulis untuk tatapan sendiri di masa akan datang.

pertama, semester baru. busy busy busy. subjek macam susah :( too many bacteria and microorganism names i can't remember all these oh my god my head gonna explode soon please help me alamak macam mana nak jadi doktor ni baru second year dah stress gilababs!

student card sampai 2017. sakai betul ambil gambar tak buka beg sebelah hahahahahahaharoms.


kedua, haritu pergi ke University College Dublin, acah-acah jadi delegasi from Royal College of Surgeons untuk attend UCD punya Malaysian Night. makanan malaysia, i love love love! starter makan roti canai dengan kari. main course ialah nasi putih, dengan honey roasted duck, gulai kambing dan sayur campur. dessert pula pisang goreng dengan ais krim dan chocolate sauce. sedap gila! dan tengok teater P. Ramlee. my ex-collegemate encik Mujahid yang juga anggota band Monalyssa jadi main actor youalls. lepas tu menang lucky draw! rasa retis sekejap bila Julia, anak Ziela Jalil (saje je nak bagitau Julia sama kolej dengan kita hahaks) yang berlakon Ariana Rose tu tanya kita siapa bagi jam tu hihihiks padahal lucky draw je.

retis(es) of the night

tak rugi bayar tiket, dapat hadiah. hewhew.

balik dari UCD, pergi makan-makan lagi dekat Wok In, makan mi dalam kotak guna chop stick. tempat lunch favourite masa study first year kat RCSI. lepas tu makan cheesecake. sedap gila sampai rasa nak terbang. tapi gambar semua kat henpon malas nak transfer hihihi.

ketiga, dapat anak sedara baru pagi ni. nama dia Damia Arissa. kuat nangis! on on skype je dengar suara dia. lahir-lahir dah ada gigi macam Auntie Yunyun dia ni. tapi dia lagi power sebab ada dua batang. comel. muka macam grandma dia. hihi.
mesej pagi-pagi terus buat rasa rindu nak balik Malaysia tengok anak-anak buah. :(


okay maaf dengan pos yang syok sendiri. lantak noks.

PS: tengah berusaha siapkan zine pertama Buku Jalanan Ireland ni. hahahahah pengshan.