Friday

The V by Project V, terbitan Terfaktab

hai semua orang. rasa macam dah lama saya tak menulis dalam blog ni. busy lah. lagi 3 hari saya mula summer exam. doakan saya please. sebab saya nak balik Malaysia dengan tenang dan aman sentosa. makanya, kenalah pass exam ni. tak kisah lah flying colours atau crawling colours sekalipun, yang penting saya nak pass.

untuk pengetahuan anda semua, buku baru daripada Terfaktab - The V by Project V akan (ke telah?) dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ni. dan menurut yang saya tahu, penulis The V akan hadir esok. maka boleh lah awak beramah mesra.



The V ialah buku tentang feminism, 80% atau 90% bahasa Inggeris. adalah terselit karya saya yang marhaen tu kat dalam tu. selebihnya, semua penulis power seperti Azhar Ibrahim dan lain-lain. forewords (itu ke nama dia?) by Sheena Baharudin iaitu penulis dan spoken-words poet yang memang tidak asing lagi. awak tak perlu jadi pro-feminism atau anti-lelaki. kat dalam ni ada short stories, articles dan juga poems. campur-campur lah. saya punya ialah 2 cerpen (Jars for Jenna & The Carrot Restaurant), dan satu lukisan yang telah diubah kepada format sepatutnya oleh Tahir Rawther, antara orang kuat di sebalik penghasilan buku ni, selain Kak Qiez.

saya nak cakap, belilah. saya tak reti nak promote lebih-lebih. tapi bak kata Terfaktab, The V ialah antara buku paling rebel yang diorang pernah keluarkan. saya rasa, dalam buku tu saya punya yang paling tak rebel. sebab saya yang paling tak power. kahkah.

jemput beli dan beramah mesra dengan para penulis nanti. kecuali saya. kalau nak beramah mesra dengan saya pun boleh. tapi sebelum tu kena lah doakan saya pass exam ni haa. lepas tu dapat lah saya balik Malaysia. lepas tu boleh lah kita beramah mesra. lepas tu,,,,, three! hahahahambar. tapi saya serius ni. awak nak beramah mesra dengan saya kat kedai mamak dari malam sampai pagi pun takpe. tapi awak payung lah. kikiki. okay julija gedik.

sekian.
You have the V? own the V.

1 comment:

Azhar Ibrahim said...

Kalau awak tak power, masakan awak boleh run BJ Ireland dan ada penerbitan zine "Sayapatah"?

Awak power lah, Run Run! :-)