Saturday

randomly kurang ajar.

helo kawan-kawan.

mula-mula boleh bagi salam, masuk blog ni slow-slow. tiup habuk-habuk. buang sawang-sawang. dah lama sangat tak update ni. sunyi macam rasa kat kuburan. ewah hiperbola.

beberapa benda saya nak tulis kat sini. mungkin banyak yang berkaitan diri sendiri. so kalau takut termuntah banyak sangat baca pasal update diri saya, apa kata awak pergi update diri awak dulu. awak kena faham, bila awak ke blog atau twitter atau facebook orang, mestilah 90% cerita kat situ pasal diri pemiliknya. takkan lah setiap hari nak tweet gambar monyet. atau takkan lah setiap hari nak tweet gambar gula-gula.

saya rasa semuanya okay sekarang. jadi tak perlu bikin zine baru (sebab kawan-kawan saya kata, kalau ada orang cari pasal dengan saya sampai saya down, nanti akan keluar zine sayapatah edisi baru. kahkah) but everything is way too different from what i thought it would be, i should say. like, seriously. bila saya kata berlainan dengan apa yang saya fikir, tak semestinya benda tu ialah benda yang saya tak suka. tidak. sebenarnya saya suka je, tapi tak pernah terfikir.

hari ni (semalam) ialah hari cards signing also known as practical / oral anatomy test yang terakhir untuk semester ini. kiranya lepas ni, cuma tinggal beberapa kelas lagi, practical anatomy exam, dan ujian bertulis. mari sini saya senaraikan subjek kitorang. subjek tak banyak pun. cardiorespiratory and upper limb (CVR), genitourinary system (GE), molecular medicine (MM) dan patient safety and quality (PSQ). manakala lagi satu subjek, dah submit assignment haritu iaitu subjek Early Patient Contact (EPC). subjek memang tak banyak, tapi cuba bayangkan setiap subjek ada 50 chapter untuk dihadap dalam masa 16 hari? akhir bulan ni exam. 16 days to examination. 26 days to loved ones.

orang kata kita hidup ni bukan nak cari banyak musuh. kalau boleh, nak ramaikan kawan. tapi kita pun tak boleh lupa yang kadang-kadang kita perlu pilih kawan. saya tak kata tak boleh kawan dengan penagih dadah. boleh je. awak boleh kawan dengan semua orang. yang awak kena pilih ialah, kawan yang awak patut jadikan contoh. tapi apa-apa lah. saya pun lupa nak tulis pasal apa ni. kakaka.

pasal musuh pula. kita juga perlu memilih musuh kadang-kadang. bukan semua orang layak jadi musuh kita. (gitu) contohnya dulu saya selalu tulis ayat ni. cuma babi yang bergaduh dengan babi. maka jangan lah kita menyamatarafkan kita dengan babi. like, literally? awak nak ke bergaduh dengan babi? haha. baru cuit sikit alamak dah kena samak.

contoh yang ringan sikit ialah bergaduh dengan orang kurang ajar. saya cakap ni generally je. siapa cepat terasa atau butthurt, maknanya ada something wrong dengan nerve dia kot. kalau literally butthurt, mungkin ada kaitan dengan gluteal nerve ke, sciatic nerve ke. entahlah saya pun dah lupa. okay berbalik kepada isi penting, bergaduh dengan orang kurang ajar. rasanya orang yang tidak pernah jadi kurang ajar, mungkin dia takkan dapat detect pun orang lain kurang ajar dengan dia. maka jika saya katakan awak kurang ajar dengan saya, maknanya saya pun pernah kurang ajar dan sebenarnya saya boleh jadi lebih kurang ajar daripada awak punya kurang ajar. tapi saya malas.

kenapa? sebab kalau saya kurang ajar dengan awak, sama jelah level saya dengan awak yang kurang ajar ni. jatuhlah taraf saya. gitu. tak hingin saya jadi setaraf macam awak ni. tak perlu tinggi sampai tahap Gunung Kinabalu pun, bonggol kat jalan yang kecik tu pun dah cukup. asalkan tinggi sikit lah dari tanah.

okay mungkin awak rasa post ni kurang ajar, tapi, suka hati saya lah. kahkah. okay bye.

why do i write this?
because i'm fabulous.

lol mana ada saja ja haa nak tunjuk musim bunga cantik kat sini. daripada hadap bebenda menyakitkan hati baik hadap keindahan ciptaan Tuhan ni. kalau tak dapat menginsafkan diri pun at least boleh lah bersyukur lebih sikit. dah lah. panjang pula membebel.

happy weekend guys!

2 comments:

OhMyLord said...

hepy weekend! janganla gaduh fabolus..hehe

tenku butang said...

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/