Tuesday

kalau ikut neraca manusia, sejuta kali saya masuk neraka

hello.

saya tak tahu lah kenapa sejak belakangan ni saya rasa tak ada perasaan nak buat apa-apa. lost of interest is one of the signs of depression tahu. mungkin saya memang depressed. stressed. dan apa-apa.

minggu ni kami ada MCQ, dan saya ada cards signing a.k.a oral anatomy test. tapi saya belum study lagi. saya tahu doa je tak cukup. tapi tolong lah doakan saya.

kita hidup kat dunia ni, macam-macam ragam ada. manusia je dah banyak ragam. kambing lembu ada ragam, ikan paus pun ada ragam sendiri. saya rasa lah. dan tak semua orang pun boleh hadap ragam semua setiap satu.

manusia dengan manusia pun tak boleh hadap ragam masing-masing
sebab itu ada sesetengah manusia
disumpah jadi anjing atau ba alif ba ya.
sumpah lisan.

apa awak rasa bila ada orang sesenang cakap "ditakuti mati dalam kekufuran2 cuma sebab awak pergi wakil negara awak untuk international night? saya rasa tak ada lah seteruk sampai kufur kot. ke saya salah? define kufur tu please.

kufur kafir tu sama ke? haha.

lantak awak lah ya. kami tahu apa kami buat. awak tahu apa awak buat. saya tahu awak baik. niat baik. tapi jangan sampai KATA KATA BAIK awak tu buat orang yang baru nak berubah jadi baik ni, pilih untuk patah balik.

jangan sampai mereka lagi sanggup hadap neraka daripada hadap perkataan 'baik' awak tu.

apa-apa lah. ini je pun sebab dia. (klik link untuk video)


1 comment:

leeYana said...


hai, what happened dear?

Allah know better. Believe in Him more than His people :)

insyaAllah, aku tk nampak kufur nye sbb wakil negara :)