hari ini, satu haribulan satu.
tahun baru.
tapi saya masih saya yang lama.
dengan orang orang yang lama.
rasa-rasa lama.
masalah-masalah lama.
cerita-cerita lama.
syaitan-syaitan lama.
malaikat-malaikat lama.
semua lama.
semua sama.
cuma saya harap satu haribulan satu kali ini.
tak sama macam satu haribulan satu yang lain.
saya mahu jadi saya yang baru.
walaupun masih dengan malaikat-malaikat lama
dan syaitan-syaitan lama.
mana yang mahu pergi, pergi.
mana yang mahu tinggal, tinggal.
tapi jangan harapkan rasa-rasa lama.
simpan cerita-cerita lama.
diamkan masalah-masalah lama.
kerana tahun baru.
saya yang baru.
No comments:
Post a Comment