Thursday

PUISI 2012 bersama Ustaz Hasrizal, dan lain lain cerita.

hai kawan kawan.

dah lama rasanya saya tak menulis kat blog. cuti dah mula. tapi sibuk mengalahkan menteri. sebenarnya takdelah sibuk mana pun. saja gegedik nak berlagak sibuk.

22 hingga 25 disember haritu kami pergi kem bernama Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland (PUISI) kat Glendalough, Ireland, bersama penceramah jemputan, Ustaz Hasrizal a.k.a saifulislam. ustaz tu sumpah comel gila dan cara pendekatan dia best. kalau pernah tengok drama Cinta Sempurna, drama tu, cerita asal dia ialah daripada ustaz tersebut, ditokok tambah oleh Astro.

empat hari dekat sana, dapat tiga luka. heaven angattt.

26 disember. boxing day. tengok orang main tolak tolak seperti Misae dekatBrown Thomas. ingatkan murah sangat. rupanya 500euro! tapi diorang kata handbag gitu kat malaysia ada lah dalam 3 ke 4 ribu.

so sayabeli kasut skechers yang lembut gila lepas tu ringan warna hijau. barang barang untuk dipos ke malaysia, topi sejuk, jumpers, dan lain lain. total lebih kurang 100euro. kahkah. mampus.

busy sangat. exam lagi 2 minggu. study ciput. rasa macam nak nangis. lepas tu jadi tak betul. pergi potong rambut macam mangkuk.

sila doakan kami, pelajar pelajar RCSI yang dah nak exam ni. terima kasih.

p.s.: gambar pergi stalk instagram.

1 comment:

saye kerink said...

ALL THE BEST mekkkk!! ;]